Setiap Anggota Jemaah Menteri Capai KPI Masing-Masing – PM Anwar

PM Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, KPI ditetapkan setiap kementerian dipantau oleh agensi seperti Unit Pantau MADANI dan Pacu di Pejabat Perdana Menteri. Foto Facebook Anwar Ibrahim pada 17 Disember 2025

KUALA LUMPUR, 25 Feb – Setiap anggota Jemaah Menteri menjalankan tugas dengan baik dan mencapai petunjuk prestasi utama (KPI) yang ditetapkan oleh kementerian masing-masing, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perdana Menteri berkata, kerajaannya komited terhadap prinsip tanggungjawab kolektif sebagai Jemaah Menteri, yang mendorong penetapan KPI yang jelas dan boleh diukur di setiap kementerian.

PM Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, KPI ditetapkan setiap kementerian dipantau oleh agensi seperti Unit Pantau MADANI dan Pacu di Pejabat Perdana Menteri. Foto Facebook Anwar Ibrahim pada 17 Disember 2025

Katanya, agensi seperti Unit Pantau MADANI dan Unit Penyelarasan Lonjakan Prestasi (Pacu) di Pejabat Perdana Menteri memantau KPI tersebut.

“Secara keseluruhan, barisan anggota Jemaah Menteri pada masa ini telah menjalankan tanggungjawab dengan penuh berintegriti dan melaksanakan tugas dan tanggungjawab sebagaimana KPI yang telah disasarkan oleh setiap kementerian.

PM Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, KPI ditetapkan setiap kementerian dipantau oleh agensi seperti Unit Pantau MADANI dan Pacu di Pejabat Perdana Menteri. Foto Facebook Anwar Ibrahim pada 17 Disember 2025

“Pada masa yang sama, kerajaan tidak akan berkompromi sekiranya berlaku mana-mana pelanggaran integriti,” katanya dalam jawapan bertulis Parlimen.

Beliau berkata demikian menjawab pertanyaan Shahidan Kassim (PN-Arau) mengenai sama ada menteri akan dipaksa meletak jawatan jika gagal melaksanakan tugas dengan baik, bagi memastikan akauntabiliti.

PM Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, KPI ditetapkan setiap kementerian dipantau oleh agensi seperti Unit Pantau MADANI dan Pacu di Pejabat Perdana Menteri. Foto Facebook Anwar Ibrahim pada 17 Disember 2025

Anwar berkata, akauntabiliti bukan sekadar soal hukuman, tetapi juga pembetulan, penambahbaikan berterusan dan tanggungjawab moral yang dipikul menteri terhadap rakyat.

“Justeru, budaya prestasi tinggi dan integriti akan terus diperkukuh bagi memastikan setiap kementerian benar-benar berfungsi secara efektif, cekap dan beramanah,” katanya.

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *