Sesi Turun Padang Nur Aishah Bersama MBSP Ke Taman Akasia Bawa Impak Positif

Nur Aishah (tengah) semasa membincangkan isu setempat dengan wakil MPKK Taman Sri Akasia Penanti baru-baru ini.
PENDAPAT, 18 Ogos – Baru-baru ini Ahli Majlis, Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) Nur Aishah Zainol turun padang bersama anggota Jabatan Landskap MBSP ke Taman Akasia untuk meninjau keadaan sebuah taman permainan dan trek jogging di Mengkuang Penanti.
Tujuan lawatan dan tinjauan dibuat untuk mempertimbangkan pihak MPKK Taman Akasia yang memohon supaya dipasang lampu solar di tempat awam terutamanya pada waktu malam dikatakan agak gelap yang boleh mengundang risiko kejadian jenayah.
Hasil tinjauan dilakukan oleh pihak Jabatan Landskap MBSP akhirnya meluluskan permohonan tiga unit lampu solar untuk dipasang di taman tersebut.

Nur Aishah peka dan prihatin terhadap sebarang apa-apa keperluan atau cadangan dikemukakan daripada wakil komuniti atau penduduk lantas segera membantunya mengikut keperluan.
Terdahulu Nur Aishah yang juga memegang portfolio pengindahan dan landskap MBSP telah mengambil inisiatif bersama-sama Unit Upcycle MBSP sambil dibantu oleh pihak MPKK Guar Perahu bergotong-royong dan membersihkan kawasan lama yang terbiar.
Tujuannya untuk dijadikan bagi kegunaan orang awam boleh beriadah terutamanya kanak-kanak penduduk Guar Perahu atau penduduk kawasan yang berdekatan.

Laman Upcycle disediakan hasil daripada sumbangan peribadi Nur Aishah sendiri untuk manfaat kanak-kanak penduduk Guar Perahu dan yang berdekatan.
Serentak dengan hari yang sama pada sebelah malamnya Nur Aishah hadirkan diri ke perjumpaan Ketua-Ketua Wanita KEADILAN Cabang bersama Setiausaha Majlis Pimpinan Negeri Pulau Pinang iaitu Dato’ Zulkifly Saad di Pejabat KEADILAN Negeri Pulau Pinang, Bangunan Yayasan Aman.
Menurut Nur Aishah tiada perkara penting ataupun membincangkan agenda politik negeri sebaliknya apa yang dibincangkan dalam perjumpaan tersebut hanyalah sekadar untuk memberikan ruang kepada setiap ketua Wanita KEADILAN Cabang negeri Pulau Pinang menyuarakan cadangan, atau idea dan sumbang saran sebarang masalah yang dihadapi.

Dalam perjumpaan tersebut antara lain yang disentuh cuma jikalau boleh dilakukan apa-apa penambahbaikan, atau jika sekiranya perlu dibuat penyelarasan dan penambah baikan.
Pada masa sama berharap agar suara-suara wanita Cabang KEADILAN negeri ini dapat diangkat dan di bawa ke pengetahuan pihak kepimpinan atas khususnya untuk perhatian kepimpinan Wanita KEADILAN peringkat pusat.
Nurhidayah Che Rose selaku Ketua Wanita negeri Pulau Pinang hadir sama di dalam perjumpaan tersebut. Perjumpaan singkat malam itu diakhiri dengan mengadakan sesi bergambar ketua-ketua Cabang KEADILAN bersama wakil Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Pulau Pinang.
Pemerhati Bebas Politik
Ikuti kami di saluran media sosial berikut:
Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web
