Serangan Rejim Zionis Israel Ke Atas Enam Negara Dikecam, Biadab – PM Anwar

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadiri Majlis Perasmian Penutup Ijtimak Perdana Agensi Agama Seluruh Malaysia di Sunway Hotel Big Box, Iskandar Puteri pada 13 September 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

ISKANDAR PUTERI, 13 Sep – Datuk Seri Anwar Ibrahim mengecam tindakan biadab rejim Zionis yang semakin bermaharajalela melakukan serangan ke atas enam negara.

Perdana Menteri berkata tindakan itu menunjukkan betapa agresif dan tidak berperikemanusiaan rejim berkenaan yang disokong secara terbuka oleh kuasa besar dunia.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadiri Majlis Perasmian Penutup Ijtimak Perdana Agensi Agama Seluruh Malaysia di Sunway Hotel Big Box, Iskandar Puteri pada 13 September 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

“Satu negara boleh biadab dengan begitu rupa, dalam seminggu dua menyerang enam negara,” katanya ketika berucap pada majlis penutup Ijtimak Perdana Agensi Agama Seluruh Malaysia (IJPAM) 2025 di sini, hari ini.

Turut hadir Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadiri Majlis Perasmian Penutup Ijtimak Perdana Agensi Agama Seluruh Malaysia di Sunway Hotel Big Box, Iskandar Puteri pada 13 September 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Anwar berkata Malaysia akan menegaskan dukungan kepada perjuangan rakyat Palestin serta mengutuk keganasan dan kebiadaban Zionis yang tidak berperikemanusiaan pada Sidang Kemuncak Tergempar Arab-Islam yang akan diadakan di Doha, Qatar pada Isnin ini (15 September).

Perdana Menteri berkata beliau tidak dapat menghadiri beberapa acara rasmi diatur di tanah air yang dijadualkan esok dan lusa memandangkan perlu menghadiri sidang berkenaan yang disifatkannya sangat penting.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadiri Majlis Perasmian Penutup Ijtimak Perdana Agensi Agama Seluruh Malaysia di Sunway Hotel Big Box, Iskandar Puteri pada 13 September 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Anwar menerima jemputan rasmi Emir Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad Al-Thani untuk menghadiri sidang kemuncak itu bagi membincangkan situasi kritikal di Palestin, khususnya di Gaza.

Media antarabangsa melaporkan Israel melancarkan serangan ke atas enam negara dalam tempoh hanya tiga hari termasuk Qatar, Palestin, Lubnan, Syria, Tunisia dan Yaman.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadiri Majlis Perasmian Penutup Ijtimak Perdana Agensi Agama Seluruh Malaysia di Sunway Hotel Big Box, Iskandar Puteri pada 13 September 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Ini termasuk serangan dron terhadap sebuah kapal utama Global Sumud Flotila (GSF) di Tunisia serta serangan udara ke atas Doha di Qatar, kononnya menyasarkan kepimpinan politik Hamas.

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *