Pengukuhan Perpaduan Penting Kekalkan Keamanan, Kemakmuran Negara – PM Anwar

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadiri Majlis Perasmian Penutup Ijtimak Perdana Agensi Agama Seluruh Malaysia di Sunway Hotel Big Box, Iskandar Puteri pada 13 September 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

ISKANDAR PUTERI, 13 Sep – Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan pengukuhan perpaduan dalam kalangan rakyat bukan sekadar membawa keamanan, malah kemakmuran dari segi ekonomi bagi jangka masa panjang.

Menurut Perdana Menteri, beberapa insiden rusuhan di Nepal dan Indonesia baru-baru ini seharusnya dijadikan pengajaran kepada Malaysia mengenai pentingnya pengukuhan perpaduan dalam kalangan rakyat berbilang bangsa sebagai tonggak keamanan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadiri Majlis Perasmian Penutup Ijtimak Perdana Agensi Agama Seluruh Malaysia di Sunway Hotel Big Box, Iskandar Puteri pada 13 September 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Anwar yang juga Menteri Kewangan menegaskan perkara berkenaan ketika berucap pada Majlis Penutup Ijtimak Perdana Agensi Agama Seluruh Malaysia (IJPAM) 2025 di sebuah hotel di sini, hari ini.

Program berkenaan berlangsung sejak 8 September lalu, berakhir hari ini dengan pengisian padat merangkumi bengkel, percambahan ilmu dan perkongsian pandangan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadiri Majlis Perasmian Penutup Ijtimak Perdana Agensi Agama Seluruh Malaysia di Sunway Hotel Big Box, Iskandar Puteri pada 13 September 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Dalam pada itu, Perdana Menteri mengecam tindakan biadab rejim zionis Israel yang semakin tidak terkawal apabila menyerang sehingga enam negara dengan sokongan terbuka kuasa besar dunia.

“Tindakan itu jelas membuktikan betapa agresif dan tidak berperikemanusiaannya rejim zionis,” katanya.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadiri Majlis Perasmian Penutup Ijtimak Perdana Agensi Agama Seluruh Malaysia di Sunway Hotel Big Box, Iskandar Puteri pada 13 September 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Sepanjang enam hari, pelbagai program dilaksanakan di sekitar Johor Bahru dengan pembabitan 2,400 peserta daripada 20 agensi agama seluruh negara, termasuk agensi-agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Majlis Agama Islam Negeri-negeri (MAIN), Jabatan Agama Islam Negeri-negeri (JAIN) serta agensi-agensi lain.

Selain kejohanan sukan yang menjadi acara utama, beberapa program turut dianjurkan bersempena perhimpunan nasional warga agensi agama ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadiri Majlis Perasmian Penutup Ijtimak Perdana Agensi Agama Seluruh Malaysia di Sunway Hotel Big Box, Iskandar Puteri pada 13 September 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Ia termasuk konvensyen pengurusan hal ehwal Islam, seminar halal serantau, semarak subuh dan ‘fun run’.

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *