Sepanyol Gantung Aplikasi Telegram

Tiga stesen televisyen terbesar di Sepanyol telah menghentikan penggunaan Telegram setelah Mahkamah Persekutuan Sepanyol membuat keputusan. Foto Arkib

MADRID, 24 Mac – Mahkamah Persekutuan Sepanyol memutuskan menggantung penggunaan Telegram atas dakwaan menggunakan kandungan visual dan audio berhak cipta tanpa kebenaran.

Hakim Santiago Pedraz yang meneliti pertuduhan dibuat syarikat televisyen Mediaset, Atresmedia dan Movistar Plus mengakui terdapat keraguan berkaitan hak cipta.

Meskipun siasatan masih berterusan, beliau berkata, penggantungan Telegram yang didakwanya sebagai “tidak beri kerjasama” dan “gagal dalam membenarkan pelaporan data teknikal tertentu” sebagai langkah berjaga-jaga.

Dalam pertimbangannya, tindakan itu dianggap “perlu, sesuai dan setimpal.”

Tiga stesen televisyen terbesar di Sepanyol telah menghentikan penggunaan Telegram setelah Mahkamah Persekutuan Sepanyol membuat keputusan. Foto Arkib

Beliau mengarahkan syarikat Vodafone, Orange, Digi, Movistar, MasMovil dan operator telefon lain di Sepanyol untuk menggantung penggunaan Telegram secepat mungkin.

Keputusan Pedraz itu bagaimanapun mendapat kritikan pelbagai pihak.

Persatuan pengguna, Facua berkata, keputusan itu tidak seimbang dan akan menyebabkan kemudaratan yang ketara kepada berjuta-juta pengguna, syarikat, organisasi dan entiti awam dan swasta yang menyebar kandungan menerusi Telegram.

Pemimpin parti Podemos, Ione Belarra pula mengkritik keputusan itu sebagai berkata, “ancaman kepada kebebasan, tidak adil dan tidak seimbang sama sekali”.

Telegram diasaskan dua beradik warga Rusia, Nikolai dan Pavel Durov sebagai alternatif kepada WhatsApp sejak 2013.


Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *