Seorang Masih Hilang Insiden Dua Bot Persiaran Berlanggar Di Pulau Hantu

Bot persiaran yang biasanya mengelilingi pulau-pulau sekitar selatan Singapura yang diselia Penguasa Maritim dan Pelabuhan (MPA). Foto Reuters

SINGAPURA, 3 MacSeorang mangsa dilaporkan hilang selepas dua bot persiaran bertembung di Pulau Hantu di Singapura kira-kira 1.30 tengah hari, semalam.

Penguasa Maritim dan Pelabuhan Singapura (MPA) berkata dalam kejadian itu, empat daripada lima penumpang yang terjatuh ke laut ditemukan selamat.

“MPA telah mengerahkan kapal peronda ke lokasi kejadian dan sedang menyelaras usaha pencarian dengan bantuan Polis Pengawal Pantai dan Angkatan Pertahanan Awam Singapura,” katanya dalam satu kenyataan.

MPA juga mengeluarkan siaran navigasi kepada kapal-kapal di sekitar kawasan itu untuk memantau sekiranya terdapat mangsa ditemukan.


Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *