Pengeluaran Beras India Merosot Kali Pertama Dalam 8 Tahun

Pekerja mengumpul guni beras di Ahmedabad, India yang kini menghentikan eksport beras bukan basmati sejak hujung tahun lalu. Foto Reuters

MUMBAI, 2 MacPengeluaran beras India dijangka merosot buat kali pertama dalam tempoh lapan tahun pada 2023/2024 kerana taburan hujan di bawah paras purata, manakala pengeluaran gandum dijangka meningkat 1.3 peratus berbanding tahun lalu, kata kerajaan India.

Harga beras di peringkat global telah melonjak selepas India menghentikan eksport beras putih bukan basmati pada Julai tahun lalu.

Kementerian Pertanian dan Kebajikan Peladang India, berkata pengeluaran beras dijangka jatuh kepada 123.8 juta tan pada tahun tanaman hingga Jun ini.

Sementara itu, pengeluaran gandum boleh meningkat sebanyak 112 juta tan daripada 110.6 juta tan setahun lalu.

Pengeluaran beras yang lebih rendah meningkatkan prospek bahawa kerajaan Perdana Menteri India, Narendra Modi, akan melanjutkan sekatan ke atas eksport bijirin untuk mengekalkan harga makanan menjelang pilihan raya umum.

Sekatan eksport yang berpanjangan boleh meningkatkan lagi harga makanan memandangkan inventori yang rendah di negara pengeksport utama lain termasuk Thailand, Vietnam, Pakistan dan Myanmar. – REUTERS


Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *