Senarai Hitam Syarikat Seleweng Diesel Subsidi Di Sabah, Sarawak

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki berkata, syarikat yang didapati melakukan perkara itu boleh disenarai hitam daripada terus beroperasi. Foto SPRM
PUTRAJAYA, 22 Sep – Tindakan senarai hitam terhadap syarikat berlesen yang disyaki terbabit dalam aktiviti penyeludupan bahan api khususnya diesel di Sabah dan Sarawak, wajar dilaksanakan tanpa kompromi.
Menurut Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki, menerusi Ops Karen yang diadakan sejak awal bulan ini, semua syarikat yang diserbu Pasukan Petugas Agensi-Agensi Penguatkuasaan Malaysia (MATF) adalah pihak diberi lesen pengedaran bahan api oleh syarikat-syarikat cari gali yang beroperasi di negara ini.
Sehubungan itu, beliau berkata, tindakan tegas perlu dilakukan kerajaan supaya isu penyelewengan diesel ini dibanteras habis-habisan.
“Semua yang menyeludup diesel ini adalah mereka yang diberikan lesen dan menggunakan lesen itu untuk menutup aktiviti penyelewengan. Jika tiada lesen mereka ini adalah ‘real smuggler’.
“Justeru tindakan dilakukan bukan sekadar penguatkuasaan tetapi penyiasatan SPRM termasuk mengikut Akta Penggubahan Wang Haram.
”Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) juga boleh melihat kepada isu cukai iaitu berapa jumlah cukai yang dilarikan dalam aktiviti penyeludupan ini.
“Selain itu Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) boleh melihat kepada isu penyelewengan minyak subsidi dengan menyenarai hitamkan mana-mana syarikat yang diberikan lesen,” katanya dalam sidang media, di sini, hari ini.
Ikuti kami di saluran media sosial berikut:
Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

