Sembilan Tentera Columbia Maut Dalam Nahas Helikopter

Keadaan helikopter yang terhempas mengorbankan sembilan orang di kawasan Boliviar utara. Foto AFP

BOGOTA, 30 Apr – Sembilan tentera Columbia maut, semalam, apabila helikopter mereka terhempas di jabatan Bolivar utara, di mana tentera sedang memerangi kartel kokain terbesar, kata pihak berkuasa.

Nahas berlaku ketika helikopter itu menghantar tentera baharu untuk operasi menentang Klan Teluk, kata Presiden Gustavo Petro menerusi X.

Petro mahupun tentera tidak menyebut punca nahas helikopter Mi-17 buatan Russia atau sama ada Klan, dengan kira-kira 4,000 pejuang bersenjata, mempunyai kaitan dengannya.

Tiada yang terselamat, kata tentera. – AFP


Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *