Huzma Yusof Letak Jawatan Menteri Pertama Scotland

Huzma Yousaf ketika mengumumkan perletakan jawatannya sebagai Menteri Pertama Scotland. Foto The Indipendent

EDINBURGH, 30 Apr – Menteri Pertama Scotland, Humza Yousaf mengumumkan peletakan jawatannya pada Isnin, menjelang dua undian percaya, minggu ini, yang dicetuskan susulan penyingkiran rakan gabungan muda dalam isu berhubung dasar iklim.

Pemimpin berusia 39 tahun itu meletak jawatan sebagai ketua kerajaan Scotland apabila berkurangnya sokongan terhadap parti prokemerdekaannya, Parti Kebangsaan Scotland (SNP).

Humza berkata, beliau memandang rendah masalah yang ditimbulkannya dengan menamatkan perjanjian perkongsian kuasa dengan Scottish Green Party (SGP) di Parlimen Scotland, minggu lalu.

Huzma Yousaf ketika mengumumkan perletakan jawatannya sebagai Menteri Pertama Scotland. Foto The Indipendent

Kerajaan sebelum ini meninggalkan sasaran bercita-cita tinggi untuk peralihan kepada pelepasan karbon bersih-sifar hingga menimbulkan kemarahan SGP.

Parti pembangkang, Konservatif Scotland kemudiannya membuat undi tidak percaya kepada Humza, yang ditetapkan pada Rabu dan menteri pertama itu berisiko untuk hilang jawatan.

Parti Buruh Scotland membuat satu lagi undi tidak percaya terhadap kerajaannya.

Parti Tories, Parti Buruh, Demokrat Liberal dan SGP semuanya berkata tidak memihak kepada Humza memaksa beliau untuk mendapatkan sokongan ahli parlimen tunggal daripada parti Alba yang prokemerdekaan.

Humza, pemimpin Islam pertama sebuah parti politik utama United Kingdom (UK) memberitahu pemberita di kediaman rasminya bahawa beliau berpendapat kemenangan adalah “sangat mungkin”.

Bagaimanapun, beliau tidak bersedia untuk memperdagangkan nilai atau prinsip atau berurusan dengan sesiapa sahaja semata-mata untuk mengekalkan kuasa

Humza dilantik sebagai Menteri Pertama Scotland, 13 bulan lalu, apabila Nicola Sturgeon mengumumkan peletakan jawatannya secara mengejut selepas lapan tahun memegang jawatan itu.

Menurut Humza, beliau akan terus menjadi menteri pertama sehingga pengganti dipilih untuk memastikan peralihan yang lancar dan teratur serta berharap pemilihan dimulakan secepat mungkin.


Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *