Selepas Ketua Wanita, Kini Ketua AMK Sabah Ditegur Campuri Urusan MPN

Ketua AMK Sabah ditegur kerana mengeluarkan kenyataan tanpa berbincang atau mendapatkan persetujuan ketua AMK cabang lain. Foto Arkib

KOTA KINABALU, 23 Mac – Ketegangan dalam PKR Sabah terus memuncak selepas dua pemimpin tertinggi sayap pemuda parti itu terlibat dalam perang mulut hari ini.

Semuanya bermula apabila Ketua AMK negeri, Zaidi Jatil mengeluarkan kenyataan bahawa AMK sebulat suara menyokong Sangkar Rasam sebagai Pengerusi PKR negeri.

Walau bagaimanapun kenyataan Zaidi berhubung isu itu tidak mendapat sambutan daripada Timbalannya, Remysta Taylor apabila dia memberitahu Ketuanya itu untuk menutup mulutnya.

Remysta menambah, Zaidi tidak sepatutnya campur tangan dan menyerahkan perkara itu kepada presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Selain itu, dia (Zaidi) tidak pernah berunding dengan kami yang lain dalam AMK sebelum mengeluarkan kenyataan itu. Ini bermakna beliau tidak mewakili pandangan AMK Sabah.”

Ketua AMK Sabah ditegur kerana mengeluarkan kenyataan tanpa berbincang atau mendapatkan persetujuan ketua AMK cabang lain. Foto Arkib

Dan adalah tidak adil kepada 15 Ketua AMK Cabang jika beliau mendakwa bercakap bagi pihak sayap AMK,” katanya dalam satu kenyataan.

Remysta menambah, dengan mengambil bahagian dalam perebutan kuasa yang sedang berlaku, ia boleh menyebabkan keretakan dalam parti, terutamanya apabila isu itu masih belum diselesaikan.

“Bagi kita yang lain, lebih baik kita tutup mulut dan fokus kepada tindakan kita dalam memperkasakan gerakan belia,” katanya.

Sebelum ini Ketua Wanita dan Ketua AMK negeri mengadakan sidang media dengan mendakwa kedua sayap berkenaan sebulat suara menyokong penuh kepiminan Sangkar sebagai Pengerusi negeri.

Kemudian 16 daripada 26 Ketua Wanita cabang menafikan dakwaan berkenaan serta mendakwa Ketua Wanita negeri menyalahgunakan kedudukannya tanpa berbincang dengan Ketua-ketua Wanita Cabang.

Hari ini 15 Ketua AMK Cabang pula tampil menafikan ada membuat kenyataan sebaliknya meminta sayap parti tidak mencampuri krisis antara majoriti Ketua Cabang dengan pengerusi negeri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *