‘Selamat Kembali Ke Sekolah Anak-Anak’! – PM Anwar

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan selamat kembali ke sekolah kepada semua pelajar khususnya murid Tahun 1 sempena pembukaan sesi persekolahan baharu 2026 pada 12 Januari 2026.
KUALA LUMPUR, 12 Jan – Sempena pembukaan sesi persekolahan baharu tahun 2026 hari ini, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengucapkan selamat kembali ke sekolah kepada semua pelajar khususnya murid Tahun 1.
Menerusi hantaran di Facebook, Perdana Menteri turut mengingatkan ibu bapa untuk mengiringi perjalanan pendidikan anak masing-masing dengan doa dan teladan yang baik.
“Selamat kembali ke sekolah buat anak-anak, khususnya murid Tahun 1 yang memulakan langkah pertama ke alam persekolahan bersama cita-cita dan harapan.
“Buat ibu bapa, iringlah perjalanan anak-anak dengan doa dan teladan yang baik. Semoga setiap ilmu dan nilai yang dipelajari membentuk mereka menjadi insan berakhlak, berilmu dan menyumbang kepada masa depan negara. Insya-Allah,” katanya.
Kementerian Pendidikan (KPM) memaklumkan kalendar akademik bagi Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Bantuan Kerajaan kembali bermula pada bulan Januari tahun ini selepas berlaku peralihan mendesak sejak 2022 susulan pandemik COVID-19.
Sesi persekolahan bagi negeri-negeri Kumpulan B iaitu di Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya bermula hari ini.
Manakala bagi negeri-negeri Kumpulan A iaitu Kedah, Kelantan dan Terengganu bermula semalam.
Ikuti kami di saluran media sosial berikut:
Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

