Segamat Bergegar Kali Keempat Malam Ini

Pergerakan plat tektonik benua dipercayai menjadi punca kepada gegaran yang melanda Segamat hingga malam tadi.
KUALA LUMPUR, 28 Ogos – Satu lagi gempa bumi lemah berlaku di Segamat pada pukul 7.56 malam tadi dan disahkan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi siaran malam ini.
Gegaran sekuat 2.5 magnitud dikesan berlaku pada koordinat 2.6 darjah Utara dan 102.8 darjah Timur iaitu 13 kilometer (km) Utara dari Segamat.
Gegaran itu berlaku pada kedalaman 10 km dan dianggap gegaran permukaan yang mencetuskan pergerakan yang boleh dilihat kepada struktur kekal dan tidak kekal.

MetMalaysia memaklumkan bahawa pihaknya akan terus memantau perkembangan gempa bumi berkenaan dan memberi makluman terkini sekiranya terdapat sebarang perubahan.
Kejadian terbaharu hari ini merupakan gegaran kali keempat dikesan berlaku di daerah Segamat.
Pada Ahad lalu, dua kejadian gempa bumi lemah di Johor masing-masing berlaku pada pukul 6.13 pagi dan 9 pagi.

Semalam, gempa bumi lemah berukuran 3.2 magnitud sekali lagi dikesan juga berlaku di Segamat pada pukul 8.59 pagi.
Ikuti kami di saluran media sosial berikut:
Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web
