Sedia Semak Saham Farhash Terbukti Anwar PM Yang Telus

Keratan berita berkenaan komitmen Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang akan merujuk hal pemilikan saham Farhash kepada Perbendaharaan pada Khamis.

PENDAPAT, 28 Mac – KENYATAAN Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu menyemak dengan Perbendaharaan berhubung pemilikan saham bekas Setiausaha Politiknya, Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak dalam syarikat HeiTech Padu Bhd dan kaitannya dengan kontrak kerajaan bernilai RM1 bilion, adalah suatu sikap yang terpuji.

Ia sekaligus memperlihatkan Anwar sentiasa berpegang kepada ketelusan dalam kerajaan pimpinannya.

Mengulas mengenai dakwaan terhadap Farhash yang baru-baru ini dilaporkan membeli kepentingan 15.9 peratus dalam HeiTech Padu yang mana syarikat itu dikatakan dalam senarai pendek untuk kontrak dengan Jabatan Imigresen bernilai RM1 bilion, Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, beliau akan menyemak perkara itu dengan Perbendaharaan terlebih dahulu.

Keratan berita berkenaan komitmen Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang akan merujuk hal pemilikan saham Farhash kepada Perbendaharaan pada Khamis.

Tegasnya, beliau hanya akan mengeluarkan kenyataan, selepas memperolehi maklumat lanjut mengenai perkara itu.

SEMAK BUTIRAN DENGAN PERBENDAHARAAN

“Saya akan semak butiran dengan Perbendaharaan dan akan keluarkan kenyataan kemudian,” katanya lagi.

Pertama, apabila Anwar ingin menyemak dengan Perbendaharaan terlebih dahulu, ia bererti pembelian saham oleh Farhash dalam Heitech Padu itu adalah di luar pengetahuan beliau, jauh sekali merupakan pertolongan daripadanya.

Ia dengan jelas menunjukkan urusniaga pembelian saham itu adalah atas daya usaha Farhash sendiri yang memang sebelum ini merupakan seorang ahli perniagaan.

PEMBELIAN SAHAM

Yang kedua, berhubung dakwaan pembelian saham HeiTech Padu itu dikatakan ada kaitan dengan kontrak kerajaan bernilai RM1 bilion, Anwar secara jelas menunjukkan ketelusannya dengan ingin menyemak terlebih dahulu perkara tersebut.

Bermakna, Anwar ingin mengetahui fakta terlebih dahulu tentang dakwaan yang dibuat terhadap bekas pegawainya itu.

Yang ketiga, janji Anwar akan mengeluarkan kenyataan media setelah memperolehi segala fakta berkaitan, tidak lain merupakan suatu bukti ketelusan dan tidak ingin menyembunyikan sebarang rahsia daripada pengetahuan rakyat.

Isu Saham Heitech Padu: PM Anwar Akan Rujuk Perbendaharaan

Segala kenyataan yang bakal dikeluarkan Anwar nanti semata-mata berdasarkan fakta yang dibekalkan oleh Perbendaharaan kepadanya.

Hakikatnya, selain menunjukkan ketelusan, Anwar juga membuktikan dirinya berpegang sistem tatakelola yang baik dalam menguruskan pentadbiran kerajaan dan tiada perkara perlu disembunyikan, terutama berkaitan pemberian kontrak kepada syarikat-syarikat yang dipertikaikan.

Oleh Noraini Nordin

Penulis juga adalah Ketua Penerangan Wanita KEADILAN Pusat.


Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *