Sebastian Lecornu ‘Catat Rekod’ PM Paling Singkat Memerintah

Siaran langsung peletakan jawatan Sebastian Lecornu menjadikan beliau sebagai Perdana Menteri Perancis paling singkat memerintah iaitu hanya selama 27 hari. Foto X Sebastian Lecornu

PARIS, 6 Okt – Kestabilan politik Perancis diuji sekali lagi apabila Pejabat Presiden Perancis memaklumkan Perdana Menteri Sébastien Lecornu telah menghantar surat peletakan jawatan pagi Isnin, beberapa jam selepas mengumumkan barisan Kabinet bagi kerajaan baharu beliau.

Media tempatan melaporkan, Lecornu meletakkan jawatan selepas hanya 27 hari berada di pejabat, menjadikannya Perdana Menteri paling singkat berkhidmat dalam sejarah negara itu.

Tindakan itu juga akan menyebabkan ketidaktentuan politik di negara tersebut.

Pengumuman Sebastian Lecornu meletak jawatan disiarkan stesen televisyen Perancis pada 6 Oktober 2025. Foto LCI

Terdahulu, Lecornu mengumumkan barisan Kabinetnya pada Ahad malam, iaitu hampir empat minggu selepas beliau dilantik oleh Presiden Emmanuel Macron.

Namun, perpecahan mula timbul apabila ahli daripada beberapa parti dalam gabungan pemerintah dengan lantang mengkritik dan menyatakan keraguan mereka terhadap Jemaah Menteri yang dipilih Lecornu.

Mereka menyifatkan tiada perubahan terhadap barisan Kabinet baharu berbanding Jemaah Menteri yang dilantik Perdana Menteri yang telah digugurkan iaitu Francois Bayrou.

Perdana Menteri Perancis Francois Bayrou sebelum ini terselamat daripada undi tidak percaya di parlimen tahun lalu. Foto AFP

Ini menyebabkan Lecornu, bekas Menteri Pertahanan berdepan tugas mencabar untuk mendapatkan kelulusan Parlimen yang terutama dalam pembentangan bajet berhemah tahun depan.

Lecornu mengeluarkan kenyataan awam pada pukul 10:45 pagi waktu Paris (4.45 petang waktu Malaysia).

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *