GSF: Aktivis Malaysia Akan Dibawa Pulang Segera – Ahmad Farhan

Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Ahmad Farhan Fauzi dan CEO MAPIM, Dato’ Dr Ahmad Sani Araby tiba di Istanbul bagi menguruskan keperluan aktivis Malaysia yang menyertai misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) pada 6 Oktober 2025. Foto Facebook Farhan Fauzi

ISTANBUL, 6 Okt – Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Ahmad Farhan Fauzi yang berada di Istanbul, Turkiye bagi membantu mempermudahkan urusan semua 23 aktivis Malaysia yang menyertai misi Global Sumud Flotilla (GSF) memberitahu mereka akan dibawa pulang segera ke tanah air.

Menerusi hantaran di Facebook, beliau berkata, ia adalah perkara yang diamanahkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim kepadanya untuk segera membawa pulang semua ke tanah air dengan selamat.

Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Ahmad Farhan Fauzi dan CEO MAPIM, Dato’ Dr Ahmad Sani Araby tiba di Istanbul bagi menguruskan keperluan aktivis Malaysia yang menyertai misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) pada 6 Oktober 2025. Foto Facebook Farhan Fauzi

“Kepulangan mereka kelak bukanlah satu pengakhiran kepada perjuangan menuntut kemerdekaan rakyat Palestin tetapi bakal menjadi lambang bagaimana negara kecil Malaysia ini utuh prinsipnya dan punyai rakyat yang berani berhadapan dengan kekejaman kuasa besar.

“Pohon doa rakyat dan sahabat semua untuk keselamatan pulang wira dan wirawati negara,” katanya.

Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Ahmad Farhan Fauzi dan CEO MAPIM, Dato’ Dr Ahmad Sani Araby tiba di Istanbul bagi menguruskan keperluan aktivis Malaysia yang menyertai misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) pada 6 Oktober 2025. Foto Facebook Farhan Fauzi

Ahmad Farhan berkata, menerusi pertemuan beliau bersama semua mereka, hampir keseluruhan peserta berada dalam keadaan sihat.

“Mereka kelihatan stabil dan bersemangat untuk terus membela perjuangan pembebasan Palestin. Semangat mereka itu sukar untuk saya gambarkan.

Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Ahmad Farhan Fauzi dan CEO MAPIM, Dato’ Dr Ahmad Sani Araby tiba di Istanbul bagi menguruskan keperluan aktivis Malaysia yang menyertai misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) pada 6 Oktober 2025. Foto Facebook Farhan Fauzi

“Kebanyakan daripada peserta aktivis terpaksa membuang telefon bimbit mereka di lautan kerana risau akan terlepas ke tangan rejim,” katanya dan hantaran beliau itu turut dikongsikan Anwar.

Pada Khamis lalu, 23 aktivis rakyat Malaysia yang menyertai misi GSF ditahan tentera rejim Zionis selepas kapal mereka dipintas ketika berada di perairan Zon Merah R3 di Laut Mediterranean seterusnya dibawa ke pelabuhan Ashdod, Israel.

Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Ahmad Farhan Fauzi dan CEO MAPIM, Dato’ Dr Ahmad Sani Araby tiba di Istanbul bagi menguruskan keperluan aktivis Malaysia yang menyertai misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) pada 6 Oktober 2025. Foto Facebook Farhan Fauzi

Semua aktivis Malaysia dilaporkan dibebaskan dan berlepas dari Lapangan Terbang Ramon, Israel pada jam 6.45 petang waktu Malaysia semalam, sebelum tiba di Istanbul pada 8.40 malam waktu Malaysia.

Rakyat Malaysia yang ditahan ialah penyanyi Heliza Helmi dan adiknya, Nur Hazwani Afiqah yang menaiki kapal Hio; Nurfarahin Romli (Farah Lee) dan Danish Nazran Murad (kapal Grande Blu); penyanyi Zizi Kirana (kapal Huga); Musa Nuwayri, Iylia Balqis dan Sul Aidil (kapal Alma); Haikal Abdullah, Muaz Zainal, Zulfadhli Khiruddin dan Rusydi Ramli (kapal Sirius).

Sebahagian daripada aktivis hadir ketika Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Ahmad Farhan Fauzi dan CEO MAPIM, Dato’ Dr Ahmad Sani Araby tiba di Istanbul bagi menguruskan keperluan mereka yang menyertai misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) pada 6 Oktober 2025. Foto Facebook Farhan Fauzi

Turut ditahan Razali Awang menaiki kapal Inana; pempengaruh Nurul Hidayah Mohd Amin atau lebih dikenali Ardell Aryana (kapal Mikeno); PU Rahmat, Norhelmi Ab Ghani, Mohd Asmawi Mukhtar, Norazman Ishak (kapal Estrella); Zainal Rashid dan Ustaz Muhammad Abdullah (kapal Fair Lady) serta Muhammad Hareez Adzrami atau lebih dikenali Haroqs, Muhd Haikal Luqman Zulkefli dan Taufiq Mohd Razif (kapal Free Willy).

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *