Scam: Kerajaan Teliti Keperluan Pinda Undang-Undang Masukkan Syarikat Telco – PM Anwar

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menjawab soalan tetamu semasa menghadiri Forum Ilmuwan Malaysia MADANI Siri Empat: Menggunakan Teknologi dalam Perkhidmatan Kewangan bagi Memacu Kemakmuran dan Keterangkuman di Kuala Lumpur pada Jumaat.

KUALA LUMPUR, 10 Jan – Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata keperluan meminda undang-undang bagi memasukkan syarikat telekomunikasi sebagai antara pihak yang bertanggungjawab menangani penipuan kewangan secara dalam talian sedang diteliti kerajaan.

Perdana Menteri berkata, inisiatif berkenaan masih di peringkat awal dengan perkara itu sedang diselaraskan Bank Negara Malaysia (BNM).

“BNM sedang koordinasi (dan) syarikat telekomunikasi sudah dimaklumkan.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menjawab soalan tetamu semasa menghadiri Forum Ilmuwan Malaysia MADANI Siri Empat: Menggunakan Teknologi dalam Perkhidmatan Kewangan bagi Memacu Kemakmuran dan Keterangkuman di Kuala Lumpur pada Jumaat.

“Cadangan untuk pinda kuasa digital bagi mengawal (platform) media sosial kerana melalui platform ini ada ‘financial scam’ (penipuan kewangan) dan lain-lain. Jadi ini sedang diperhatikan.

“Namun, (terdapat) kebimbangan, kita ada reaksi nampak macam undang-undang (yang bakal dipinda) ini terlalu ketat, tetapi kita sedang teliti perkara ini,” katanya yang juga Menteri Kewangan.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Forum Ilmuwan Malaysia MADANI Siri Empat: Menggunakan Teknologi dalam Perkhidmatan Kewangan bagi Memacu Kemakmuran dan Keterangkuman di sini, malam tadi.

Yang turut hadir, Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir dan Timbalan Menterinya, Datuk Mustapha Sakmud, Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz; Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar; serta Ketua Pengarah Kementerian Pendidikan Tinggi, Prof Dr Azlinda Azman.

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *