Sayyed Hassan Nasrallah Terkorban Dalam Serangan Pengganas Israel

Kanak-kanak pengakap mengusung gambar Ketua Hezbollah Sayyed Hassan Nasrallah semasa pengebumian Ali Mohamed Chalbi, yang terkorban dalam serangan alat kelui didalangi pengganas Israel pada 22 September lalu. Foto Reuters

BEIRUT, 28 Sep – Hizbullah Lubnan hari ini mengesahkan bahawa pemimpinnya Sayyed Hassan Nasrallah terbunuh.

Kumpulan itu dalam satu kenyataan berkata ia akan meneruskan pertempurannya terhadap Israel ‘untuk menyokong Gaza dan Palestin, dan dalam mempertahankan Lubnan dan rakyatnya yang tabah dan terhormat’.

Israel hari ini berkata, ia telah membunuh Nasrallah dalam serangan udara di pinggir selatan Beirut sehari sebelumnya.

TV Al-Manar Hizbullah mula menyiarkan ayat-ayat suci Al-Quran selepas pengumuman kematian Nasrallah. – REUTERS


Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *