BN Menang Besar Tanda Kepimpinan PM Anwar Diterima Rakyat – Ahmad Zahid

Ahmad Zahid berkata kemenangan BN pada PRK DUN Mahkota dengan majoriti lebih besar tanda rakyat menerima tadbir urus dan kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Kerajaan Perpaduan. Foto Bernama
KUALA LUMPUR, 28 Sep – Kejayaan Barisan Nasional (BN) mempertahankan DUN Mahkota dengan majoriti lebih besar tanda rakyat menerima tadbir urus dan kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, menurut Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Pengerusi BN itu berkata kemenangan itu juga isyarat dari rakyat bahawa ia harus berusaha lebih kuat untuk memberikan khidmat terbaik.
Zahid mengingatkan bahawa kemenangan hari ini kerana jasa wakil rakyat terdahulu, yang kekal dalam ingatan rakyat DUN Mahkota.

“Kami akan terus memperbaiki haluan perjuangan ini, menjadi pemangkin kepada lebih banyak kejayaan untuk Umno dan BN, kerajaan perpaduan, dan seluruh rakyat,” kata pengerusi BN itu dalam kenyataan, selepas gabungan itu mengisytiharkan kemenangan di DUN Mahkota malam tadi.
Syed Hussien memperoleh 27,995 undi menewaskan calon Perikatan Nasional (PN), Mohamad Haizan Jaafar yang mendapat 7,347 undi.
Kemenangan tersebut diumumkan oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Azurawati Wahid di Dewan Tunku Ibrahim Ismail di Kluang pukul 9.10 malam.
Ikuti kami di saluran media sosial berikut:
Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web
