Sambutan Ulang Tahun Kedua Kerajaan MADANI Dipindah Ke KLCC – Fahmi

Fahmi Fadzil, berkata perkara itu diputuskan pada mesyuarat Jemaah Menteri yang dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Jumaat.
PUTRAJAYA, 8 Nov – Sambutan dua tahun pentadbiran Kerajaan MADANI yang dijadualkan di Pusat Pameran dan Dagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), Kuala Lumpur, akan berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), dari 22 hingga 24 November ini.
Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Fahmi Fadzil, berkata perkara itu diputuskan pada mesyuarat Jemaah Menteri yang dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, hari ini.
“Hasil daripada mesyuarat Jemaah Menteri hari ini, sebelum ini saya mengumumkan bahawa pada 22 hingga 24 November 2024 akan diadakan sambutan dua tahun Kerajaan MADANI di MITEC.
“Lokasi bagi sambutan ini sudah diubah ke KLCC. Bukan lagi di MITEC,” katanya pada sidang media pasca mesyuarat Kabinet di sini, hari ini.
Kerajaan Perpaduan dibentuk pasca Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 selepas Anwar mengangkat sumpah jawatan sebagai Perdana Menteri pada 24 November 2022.
Ikuti kami di saluran media sosial berikut:
Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web
