PM Anwar Tegaskan Komitmen Malaysia Perkukuh Hubungan Dengan China

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bertemu Presiden China, Xi Jinping di Dewan Besar Rakyat di Beijing, China pada 7 November 2024. Foto Facebook Anwar Ibrahim

BEIJING, 8 Nov – Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan komitmen Malaysia untuk mengukuhkan kerjasama dengan China.

Perkara itu dizahirkan Perdana Menteri kepada Presiden China Xi Jinping semasa kunjungan hormat di Great Hall of People Beijing pada Khamis.

Pertemuan kedua-dua pemimpin itu secara simbolik menandakan hubungan 50 tahun kedua-dua negara terus terjalin erat apabila Anwar sendiri telah tiga kali melawat China sejak dilantik pada November 2022.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan kunjungan hormat ke atas Presiden China Xi Jinping di Great Hall of People, Beijing pada Khamis. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Anwar yang juga Menteri Kewangan turut berterima kasih kepada kepimpinan China atas sokongan berterusan mereka dan menekankan kepentingan nilai dan visi bersama antara kedua-dua negara.

“Saya telah mengikuti dengan teliti ucapan presiden (Presiden China), terutamanya ucapan cemerlang di sidang kemuncak BRICS.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bertemu Presiden China, Xi Jinping di Dewan Besar Rakyat di Beijing, China pada 7 November 2024. Foto Facebook Anwar Ibrahim

“Sokongan presiden untuk perkongsian adalah tidak ternilai. Lebih penting lagi, visi untuk keselamatan dan pembangunan global sangat bersesuaian dengan kami,” katanya.

Perdana Menteri turut berharap sokongan berterusan daripada Presiden Xi penting demi kejayaan Malaysia.

Kenyataan ini menggambarkan kedudukan Malaysia yang semakin strategik di persada global.

Ini sekaligus meletakkan negara sebagai pemain utama dalam hal ehwal serantau dan antarabangsa.


Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *