Salah Pastikan Liverpool Rampas Kedudukan Pendahulu

Penyerang Liverpool, Mohamed Salah meraikan jaringannya ketika menentang Brighton & Hove Albion di Anfield, Liverpool. Foto Reuters

LIVERPOOL, 31 MacMohamed Salah kembali membawa Liverpool ke persada Liga Perdana Inggeris apabila bintang antarabangsa Mesir itu membantu kebangkitan pasukannya dengan menewaskan Brighton 2-1 sebentar tadi.

Skuad kendalian Jurgen Klopp dikejutkan menerusi sepakan kencang Danny Welbeck selepas hanya 85 saat di Anfield.

Luis Diaz kembali menyamakan kedudukan pada babak pertama sebelum Salah menjaringkan gol kedua selepas rehat seterusnya mengesahkan kemenangan penting itu.

Gol ketiga Salah dalam tiga aksi terakhir itu adalah yang ke-22 dijaringkannya dalam semua kejohanan musim ini.

Ia juga merupakan gol terpenting dalam misi terakhir Klopp selaku pengurus setelah membawa The Reds menjulang kejuaraan pada 2020.

Penyerang Liverpool, Mohamed Salah meraikan jaringannya ketika menentang Brighton & Hove Albion di Anfield, Liverpool. Foto Reuters

Tidak tewas dalam enam aksi liga terakhir mereka, Liverpool kini tiga mata di depan pasukan tangga kedua, Arsenal yang sedang berdepan pasukan tangga ketiga, Manchester City di Stadium Etihad dalam perlawanan penentu yang akan memintas Liverpool sekiranya Arsenal menang. – AFP


Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *