Saifuddin Nasution Bidas Ahli Parlimen Sik Isu Peningkatan Jenayah Rogol Bawah Umur

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail pada sidang media di Kementerian Dalam Negeri. Foto Facebook KDN

PUTRAJAYA, 2 MacMenteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail membidas kenyataan dikeluarkan Ahli Parlimen Sik, Ahmad Tarmizi Sulaiman di Dewan Rakyat baru-baru ini yang mendakwa peningkatan kes membabitkan jenayah rogol bawah umur adalah didorong oleh kelemahan dan kegagalan undang-undang sivil.

Beliau secara tegas menyelar tindakan ahli Parlimen terbabit yang hanya memetik sebahagian daripada taklimat disampaikan oleh Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd. Shuhaily Mohd. Zain.

Jelasnya, berdasarkan statistik Polis Diraja Malaysia, Kelantan merupakan antara negeri yang merekodkan kes jenayah seksual tertinggi.

“Dalam ucapannya di Parlimen, dia kata peningkatan salah laku ke atas jenayah seksual kanak-kanak ini berpunca daripada kegagalan undang-undang yang ada sekarang sebab tak dilaksanakan enakmen syariah.

“Kanun Jenayah Syariah ini dibuat di Kelantan, tapi Kelantan antara kes paling tinggi di Malaysia. Di Kelantan kes meningkat, di Kedah dan Terengganu meningkat (namun) di Pulau Pinang menurun, ini perbandingan data tahun 2022 dengan 2023,” katanya menerusi sidang akhbar di sini pada Jumaat.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail pada sidang media di Kementerian Dalam Negeri. Foto Facebook KDN

Beliau berkata demikian ketika mengulas rakaman ucapan Ahmad Tarmizi di Dewan Rakyat yang tular baru-baru ini di media sosial berkenaan peningkatan kes rogol bawah umur serta mengaitkan dengan kelemahan dan kegagalan undang-undang sivil.

Menerusi rakaman itu, Ahmad Tarmizi turut menyebut supaya undang-undang syariah di negeri-negeri perlu diberikan ruang untuk dilaksanakan dengan sebaiknya.

Dalam pada itu, beliau turut menasihati Ahmad Tarmizi agar tidak memetik sebarang kenyataan secara tidak lengkap atau bersikap menuding jari kepada mana-mana pihak.


Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *