Pihak Berkuasa Bertindak Betul Siasat Abdul Hadi

Abdul Hadi disifatkan menghina Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah apabila bertindak memuat naik hantaran di laman web rasmi Pas pada 20 Februari lalu.
KUALA LUMPUR, 2 Mac – Pelbagai pihak menyambut baik tindakan pihak berkuasa menyiasat Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang berhubung kenyataan bertajuk ‘Ketinggian Islam wajib dipertahankan’ yang disiarkan pada 20 Februari lalu.
Pengamat politik menggesa pihak berkuasa bukan setakat menyiasat dan mendakwa, malah kes-kes melibatkan Abdul Hadi termasuk Akta Hasutan 1948, Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain wajar dihukum sekeras-kerasnya.
”Ini bagi memberi pengajaran kepada pihak pembangkang atau sesiapa sahaja yang berniat atau tanpa niat menyebabkan kegusaran awam supaya tidak sesekali mempermainkan isu sensitif dan ditujukan kepada Sultan atau Raja-Raja Melayu.
”Kedudukan Abdul Hadi tidak wajar digunakan untuk mempertikai titah seorang sultan apatah lagi ini bukan kali pertama beliau mencetuskan kegusaran awam lebih-lebih lagi selepas PRU-15,” katanya.

Seorang lagi orang awam ketika ditemui turut menyokong langkah pihak berkuasa melakukan siasatan terhadap Ahli Parlimen Marang itu.
Menurut beliau yang enggan mendedahkan nama atas permintaannya, tindakan Abdul Hadi jelas didorong perasaan dan hawa nafsu tanpa memikirkan kesannya kepada rakyat yang membaca tulisan yang dimuat naik di laman web rasmi parti itu.
“Sebagai seorang yang dikatakan sebagai ulamak, beliau sepatutnya memberi ilmu bermanfaat kepada umat Islam dan bukannya cuba memecah-belah demi kepentingan apa sekalipun kerana ia melibatkan soal keselamatan awam,” katanya.
Terdahulu Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain mengesahkan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 dan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Menurutnya, pihak polis bagaimanapun masih belum merakam percakapan Abdul Hadi atas faktor kesihatan tidak mengizinkan ketika ini.
Artikel ‘Minda Presiden Pas’: Sultan Selangor Titah Abdul Hadi Tak Beradab
Difahamkan siasatan akan dilakukan di bawah kedua-dua akta berkenaan iaitu penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian yang membawa hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara satu tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan
“Kita (polis) telah buka kertas siasatan membabitkan kenyataan dikeluarkan beliau dan masih menunggu waktu yang sesuai untuk panggil dan ambil keterangan Abdul Hadi.
“Keterangan beliau (Abdul Hadi) masih belum diambil kita memandangkan keadaan kesihatan beliau yang tidak begitu baik,” katanya.
Kenyataan sinis Abdul Hadi itu secara tidak langsung mengaitkan titah ucapan baginda dengan sikap raja yang perlu berwawasan kepada kehidupan akhirat dan tidak mengejar kepentingan dunia semata-mata.
ADUN Selangor Tempelak Pesuruhjaya Pas Negeri Enggan Ulas Titah Sultan Sharafuddin
Ia satu kenyataan yang amat tidak bersesuaian dan tidak beradab dari sudut budaya orang Melayu yang sentiasa menghormati serta memelihara adab ketika menyuarakan pandangan dan nasihat kepada raja Melayu.
Kenyataan Abdul Hadi mengkritik hakim yang dikatakan gagal mentakrifkan Perlembagaan Persekutuan mengikut prinsip Islam sebenar dan kononnya dicipta dan digubal oleh penjajah mengikut acuan mereka dengan tujuan menghancurkan agama, bangsa, bahasa dan tanah air.
Ikuti kami di saluran media sosial berikut:
Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web
