Saifuddin Bentang RUU Perlembagaan (Pindaan) 2024 Berkaitan Kewarganegaraan

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail. Foto Bernama
KUALA LUMPUR, 27 Mac – Rang Undang-Undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) 2024 berkaitan kewarganegaraan dibentang untuk bacaan kali kedua tanpa bahas sebelum persidangan ditangguhkan hari ini.
Hari ini adalah hari terakhir bagi Mesyuarat Pertama Dewan Rakyat Penggal Ketiga Parlimen Ke-15, selepas 19 hari bersidang.
Sesi persidangan akan datang dijadualkan selama 15 hari bermula 24 Jun hingga 18 Julai depan.
RUU dibentangkan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail itu tidak dibahaskan berikutan persidangan Dewan Rakyat ditangguhkan pada jam 5.45 petang ini.

RUU itu dibentangkan bagi bacaan kali pertama Isnin lalu oleh Saifuddin, yang ketika itu memaklumkan, bacaan kali kedua dan ketiga RUU itu akan akan dibuat pada persidangan kali ini.
Ikuti kami di saluran media sosial berikut:
Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web
