Rizab Antarabangsa BNM Melonjak Kepada AS$115.1 Bilion Setakat 15 Januari 2024

Lipatan sejarah pembinaan bangunan Bank Negara Malaysia (BNM) di Kuching yang kekal utuh sehingga hari ini. Foto Facebook Bank Negara Malaysia
KUALA LUMPUR, 22 Jan – Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia melonjak kepada AS$115.1 bilion setakat 15 Januari lalu berbanding AS$112.8 bilion yang direkodkan pada 15 Disember tahun lepas.
Paras rizab berkenaan telah mengambil kira perubahan suku tahunan bagi penilaian semula pertukaran asing.
Ia memadai untuk membiayai 5.4 bulan import barangan dan perkhidmatan serta satu kali jumlah hutang luar negeri jangka pendek.
Komponen utama rizab antarabangsa ialah rizab mata wang asing berjumlah AS$102.5 bilion.
Selain itu, kedudukan rizab Tabung Kewangan Antarabangsa AS$1.3 bilion, hak pengeluaran khas AS$5.8 bilion, emas AS$2.6 bilion dan aset rizab lain berjumlah AS$2.9 bilion.
Rizab Antarabangsa Bank Negara Meningkat Kepada AS$112.8 Bilion
Kedudukan ini dilihat mengukuh sedikit berbanding tempoh sama tahun lalu disokong pertumbuhan positif trend pasaran kewangan global yang sedikit positif.
Terdahulu, pada 15 Disember tahun lalu, rizab antarabangsa bank pusat itu mencatakan peningkatan kepada kepada AS$112.8 bilion berbanding AS$112.3 bilion pada 30 November 2023.
Bank pusat itu berkata dalam satu kenyataan bahawa paras rizab itu memadai untuk membiayai 5.5 bulan import barangan dan perkhidmatan, dan merupakan 1.0 kali jumlah hutang luar negeri jangka pendek.
Ia berkata komponen utama rizab antarabangsa ialah rizab mata wang asing (AS$100.7 bilion), paras rizab Tabung Kewangan Antarabangsa (AS$1.3 bilion), hak pengeluaran khas (SDR) (AS$5.7 bilion), emas (AS$2.3 bilion) dan aset rizab lain (AS$2.8 bilion).
Ikuti kami di saluran media sosial berikut:
Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web
