Rizab Antarabangsa Bank Negara Meningkat Kepada AS$112.8 Bilion

Paras rizab Bank Negara meningkat kepada AS$112.8 bilion pada 15 Disember 2023 berbanding AS$112.3 bilion pada 30 November 2023. Foto Arkib

KUALA LUMPUR, 22 DisRizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) mencatakan peningkatan kepada kepada AS$112.8 bilion pada 15 Disember 2023 berbanding AS$112.3 bilion pada 30 November 2023.

Bank pusat itu berkata dalam satu kenyataan hari ini bahawa paras rizab itu memadai untuk membiayai 5.5 bulan import barangan dan perkhidmatan, dan merupakan 1.0 kali jumlah hutang luar negeri jangka pendek.​

Ia berkata komponen utama rizab antarabangsa ialah rizab mata wang asing (AS$100.7 bilion), paras rizab Tabung Kewangan Antarabangsa (AS$1.3 bilion), hak pengeluaran khas (SDR) (AS$5.7 bilion), emas (AS$2.3 bilion) dan aset rizab lain (AS$2.8 bilion).

Paras rizab Bank Negara meningkat kepada AS$112.8 bilion pada 15 Disember 2023 berbanding AS$112.3 bilion pada 30 November 2023. Foto Arkib

Jumlah aset berjumlah RM638.65 bilion, terdiri daripada emas dan pertukaran asing dan rizab lain, termasuk SDR (RM529.64 bilion), kertas kerajaan Malaysia (RM13.01 bilion), pinjaman dan pendahuluan (RM24.17 bilion), tanah dan bangunan (RM4.14 bilion) dan aset-aset lain (RM67.69 bilion).

BNM berkata, modal dan liabiliti terdiri daripada modal berbayar (RM100 juta), rizab (RM185.13 bilion), mata wang dalam edaran (RM160.68 bilion), deposit oleh institusi kewangan (RM181.01 bilion), deposit kerajaan Persekutuan (RM5.12 bilion), deposit lain (RM39.09 bilion), kertas Bank Negara (RM33.74 bilion), peruntukan SDR (RM29.85 bilion) dan liabiliti-liabiliti lain (RM3.93 bilion).

Pada 31 Oktober lalu paras rizab susut kepada AS$108.5 bilion berbanding AS$108.9 bilion pada 13 Oktober 2023.

Rizab Antarabangsa BNM Berjumlah US$112.2 Bilion Pada 15 Ogos 2023

Ketika itu paras rizab memadai untuk membiayai 5.1 bulan import barangan dan perkhidmatan, dan 1.0 kali jumlah hutang luar negara jangka pendek.


Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *