Risiko PKR ‘Bungkus’ Di Sabah, 15 Ketua Cabang Mahu Jumpa Anwar

Sazayle Donol (dua dari kiri) mengetuai sidang akhbar menolak kepimpinan kepimpinan Pengerusi MPN Sabah di Kota Kinabalu. Turut hadir Ketua Cabang Tuaran, Razeef Rakimin (kiri).
KUALA LUMPUR, 21 Mac – Risiko PKR “bungkus” pada PRN Sabah jika ketua negeri tidak ditukar antara alasan penolakan terhadap Sangkar Rasam, menurut seorang pemimpin tempatan.
Ketua cabang yang enggan dikenali berkata, justeru 15 ketua cabang Sabah berhasrat mengadakan pertemuan dengan Presiden Datuk Seri Anwar Ibrahim, bagi memberi penjelasan terperinci alasan mahu Sangkar disingkirkan.
Katanya, mereka mahu berbuat demikian sebelum Majlis Pimpinan Pusat (MPP) mengadakan mesyuarat membincangkan kemelut politik Sabah, pada Ahad.
“Sebolehnya kami mahu jumpa presiden untuk menjelaskan secara terperinci kenapa perlu ganti Sangkar,” katanya kepada FMT.
Mengulas tindakan Sangkar menolak gesaan meletak jawatan, pemimpin itu berkata PKR berdepan risiko hilang dua kerusi tradisi, DUN Inanam dan Api-Api jika pucuk pimpinan utama tidak diganti.

“Keengganan Sangkar letak jawatan risiko akan menanti iaitu PKR akan bungkus dalam PRN akan datang, termasuk DUN Inanam dan Api-Api, kelemahan ketara pada Sangkar ialah hubungannya dengan kerajaan negeri tidak ada.
“Beliau tidak ada kepimpinan langsung, hubungan dengan ketua-ketua cabang tidak baik kerana beliau mungkir janji membantu sekiranya menjadi pengerusi negeri, hanya ketua cabang rapat sahaja dibantunya,” katanya.
Sementara itu, Ketua Cabang PKR Pensiangan, Raymond Ahuar, berkata umum mengetahui di Sabah terdapat 26 cabang termasuk Labuan dan 15 daripadanya menandatangani akuan berkanun (SD) menolak kepimpinan Sangkar.
“Ini bermakna hanya 11 ketua cabang tidak terlibat. Namun, daripada 11 yang tinggal, hanya tujuh yang benar-benar bersama beliau manakala empat lagi memilih untuk berkecuali.
16 Ketua Wanita Cabang, Timbalan Tolak Dakwaan Ketua Wanita KEADILAN Sabah
“Jadi, di mana asas kenyataan bahawa Sangkar masih kukuh bagi memimpin parti negeri ini?” soalnya.
PKR akan membincangkan kemelut di Sabah dalam mesyuarat MPP pada Ahad selepas 15 ketua cabang menolak kepimpinan Sangkar.
Baru-baru ini, 15 daripada 26 ketua cabang diketuai Sazalye Donol dari Kota Marudu menggesa Sangkar berundur secara terhormat atas dakwaan dia kurang dikenali, tidak mendapat kepercayaan majoriti kepimpinan akar umbi, dan gagal mengadakan program memperkasakan PKR Sabah.
Sangkar kemudian menolak gesaan meletak jawatan dengan berkata, kritikan terhadap kepimpinannya menjejaskan gerak kerja parti menjelang PRN dan menggesa ahli tidak membuang masa kerana pergolakan dalaman PKR Sabah bukan julung kali berlaku.
Rombakan KEADILAN Sabah Perlu Bila Pengerusi Hilang Sokongan Majoriti – Raymond
Ikuti kami di saluran media sosial berikut:
Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web
