Ribut Salji Cengkam California, Ribuan Terkandas

Lebuhraya utama San Francisco dari Reno menuju Sacramento di Sierra Nevada ditutup berikutan salji tebal. Foto Getty Images

SACRAMENTO, 4 MacRibuan isi rumah di California dilaporkan terputus bekalan elektrik pada Ahad, manakala sebuah lebuh raya utama masih ditutup berikutan ribut salji terburuk terus melanda negeri di Amerika Syarikat (AS) itu.

Ribut musim sejuk terus mencengkam California Utara dan kawasan pergunungan sejak Khamis dengan salji lebat mencecah 3.6 meter dan tiupan angin melebihi 3.5 kilometer sejam.

Laluan utama yang menghubungkan Reno, Nevada, ke Sacramento, California, berhampiran sempadan Nevada masih ditutup pada Ahad.

“Pihak berkuasa belum dapat menganggarkan bila lebuh raya akan dibuka,” menurut Peronda Lebuhraya California (CHP).

Lebuhraya utama San Francisco dari Reno menuju Sacramento di Sierra Nevada ditutup berikutan salji tebal. Foto Getty Images

Ratusan pengembara turut dilaporkan terperangkap dalam kenderaan masing-masing selama berjam-jam.

Lebih 12,000 rumah dan perniagaan masih terputus bekalan elektrik, menurut laman sesawang PowerOutage.us.

Perkhidmatan Cuaca Kebangsaan di Sacramento memberi amaran ribut salji berkuat kuasa untuk Sierra Nevada, banjaran gunung antara Central Valley California dan Great Basin di barat AS.

Selain ribut salji, puting beliung turut melanda Madera County pada Jumaat dan Kings County pada Sabtu.

Puting beliung pada Jumaat menyebabkan sebuah sekolah rendah rosak, menurut pejabat perkhidmatan cuaca di Hanford.


Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *