Ratusan Pelajar Mangsa Culik Berjaya Diselamatkan

Para pelajar mangsa culik dibawa keluar dari daerah Kuriga oleh tentera Nigeria. Foto Tentera Nigeria / AFP

ABUJA, 26 Mac – Lebih 250 pelajar sekolah yang diculik oleh penyerang bersenjata dalam satu penculikan beramai-ramai di barat laut Nigeria pada awal bulan ini telah dibebaskan, kata gabenor tempatan kelmarin.

Penculikan di Kuriga, daerah Kaduna pada 7 Mac merupakan salah satu daripada serangan paling besar sejak beberapa tahun ini dan mencetuskan kebimbangan rakyat terhadap keselamatan.

“Pelajar sekolah Kuriga yang diculik telah dibebaskan tanpa kecederaan,” gabenor daerah Kaduna Uba Sani menyatakan dalam satu kenyataan yang tidak menjelaskan bagaimana mereka telah dibebaskan.

“Ini sememangnya satu hari penuh kegembiraan,” kata beliau, berterima kasih kepada pihak tentera, Presiden Bola Ahmed Tinubu, penasihat keselamatan negara, dan “semua rakyat Nigeria yang telah berdoa bagi kepulangan semua pelajar sekolah itu dengan selamat”.

Para pelajar mangsa culik dibawa keluar dari daerah Kuriga oleh tentera Nigeria. Foto Tentera Nigeria / AFP

Beberapa kumpulan penjenayah yang dikenali dalam kalangan penduduk tempatan sebagai penjahat telah dipersalahkan bagi penculikan tersebut.

Mereka biasanya menyasarkan beberapa komuniti, menjarah kampung-kampung dan melakukan penculikan beramai-ramai untuk mendapatkan wang tebusan di barat laut dan utara tengah Nigeria.

Menurut keluarga mangsa, penculik menuntut pembayaran yang besar bagi kepulangan pelajar tersebut, namun Presiden Tinubu menyatakan dia telah mengarahkan pasukan keselamatan agar tidak membayarnya.

Mangsa penculikan di Nigeria biasanya dibebaskan selepas rundingan dengan pihak berkuasa, walaupun satu undang-undang pada 2022 tidak membenarkan penyerahan wang kepada penculik dan pihak berkuasa menafikan pembayaran wang tebusan telah dilakukan. – AFP


Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *