Ejen Persekutuan Serbu Dua Kediaman Mogul Hip Hop P. Diddy

Media members work as law enforcement officers stand behind police tape outside a property connected to hip-hop star Sean "Diddy" Combs after U.S. Department of Homeland Security agents opened an investigation, in the Holmby Hills neighborhood of Los Angeles, California, U.S. March 25, 2024. REUTERS/Carlin Stiehl

LOS ANGELES, 26 Mac – Dua buah rumah milik mogul hip hop AS, Sean ‘Diddy’ Combs diserbu oleh ejen persekutuan pada Isnin, selepas bintang popular itu didakwa atas tuduhan pemerdagangan seks dan serangan seksual.

Sekumpulan besar ejen bersenjata daripada Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dilihat memasuki hartanah mewah milik Diddy di kedua-dua Pantai Timur dan Barat Amerika Syarikat, dengan rakaman video menunjukkan helikopter berlegar di atas kediaman tersebut.

“Awal hari ini, Penyiasat Keselamatan Dalam Negeri (HSI) New York melaksanakan tindakan penguatkuasaan undang-undang sebagai sebahagian daripada siasatan dengan bantuan daripada HSI Los Angeles, HSI Miami dan rakan penguat kuasa undang-undang tempatan kami,” kata agensi itu.

Sumber mengesahkan kepada AFP bahawa Combs adalah sasaran serbuan itu.

Media members work as law enforcement officers stand behind police tape outside a property connected to hip-hop star Sean “Diddy” Combs after U.S. Department of Homeland Security agents opened an investigation, in the Holmby Hills neighborhood of Los Angeles, California, U.S. March 25, 2024. REUTERS/Carlin Stiehl

Media di Los Angeles menyiarkan rakaman dari udara kehadiran ramai ejen di kediaman Holmby Hills yang megah yang dikatakan milik Combs, seorang artis dan penerbit yang juga dikenali sebagai Puff Daddy.

Ejen bersenjata lengkap boleh dilihat di sekeliling harta tanah yang luas itu, dengan rakaman menunjukkan individu tidak dikenali ditahan di tempat kejadian.

TMZ melaporkan, gambar kelihatan menunjukkan anak lelaki penyanyi rap Justin dan King Combs bergari.

Malah, TMZ juga mendakwa mempunyai rakaman serbuan ke atas hartanah tepi air mewah di Miami yang turut mempunyai kaitan dengan Combs.

Tiada pengesahan rasmi mengenai apa yang mencetuskan serbuan itu, tetapi penglibatan Keselamatan Dalam Negeri dalam serbuan besar yang diselaraskan di dua lokasi mencadangkan dakwaan yang serius.

Perkembangan itu datang dengan tekanan undang-undang yang semakin meningkat ke atas penyanyi rap itu, yang telah menghadapi sekurang-kurangnya empat saman daripada orang yang mengatakan dia mendera mereka secara seksual sejak beberapa dekad lalu.

Tahun lepas Combs telah disaman oleh bekas teman wanitanya Cassie atau Casandra Ventura mendakwa dipaksa melakukan perbuatan seksual dengan berbilang lelaki selama beberapa tahun di bandar-bandar di seluruh Amerika Syarikat.

Saman itu telah diselesaikan, namun timbul pula dakwaan daripada beberpa individu lain termasuk pada Disember oleh seorang wanita yang menuduh Combs melakukan serangan seksual, mendakwa dia dan orang lain merogolnya secara berkumpulan ketika dia berusia 17 tahun.

Combs dan lelaki lain, didakwa menggunakan dadah dan alkohol sebelum merogolnya secara ganas berulang kali.

Penyanyi rap itu bagaimanapun menafikan sekeras-kerasnya semua tuduhan terhadapnya. – AFP


Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *