Rasuah: Bekas Menteri Pendidikan Indonesia Ditahan

Bekas Menteri Pendidikan Indonesia dan pengasas bersama Gojek, Nadiem Makarim, ditahan pihak berkuasa republik itu selepas dinamakan sebagai suspek kes rasuah.

JAKARTA, 5 Sep – Bekas Menteri Pendidikan Indonesia dan pengasas bersama Gojek, Nadiem Makarim, ditahan pihak berkuasa republik itu selepas dinamakan sebagai suspek kes rasuah berhubung projek pembelian komputer riba Google Chromebook.

Pejabat Peguam Negara Indonesia (AGO) mengesahkan Nadiem akan direman selama 20 hari untuk siasatan lanjut.

Nadiem, yang menerajui Kementerian Pendidikan republik itu antara 2019 hingga 2024, didakwa menyalahgunakan kuasa dalam pembelian komputer riba untuk pelajar, menyebabkan kerugian negara dianggarkan 1.98 trilion rupiah (RM607 juta).

“Bagi tujuan siasatan, (Nadiem) akan ditahan selama 20 hari akan datang,” kata penyiasat, Nurcahyo Jungkung Madyo pada sidang media Khamis.

Julai lalu, AGO menyerbu ibu pejabat syarikat teknologi GoTo Gojek Tokopedia bagi mencari bukti berkaitan kes itu, namun tiada butiran lanjut didedahkan.

Nadiem didakwa di bawah Undang-Undang Pembanterasan Rasuah 1999 dan Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman maksimum penjara seumur hidup kerana menyebabkan kerugian negara dan menyalahgunakan dana awam.

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *