Jerman, Portugal Kena Serangan Selesema Burung

Saintis mengkaji virus selesema burung yang melanda Hadenfeld, utara Jerman setelah dilaporkan WOAH. Foto Reuters

PARIS, 5 Sep – Pertubuhan Kesihatan Haiwan Sedunia (WOAH) yang berpusat di sini pada Rabu melaporkan bahawa wabak virus selesema burung H5N1 yang sangat patogenik telah berlaku baru-baru ini di ladang di Jerman dan Portugal, mengakibatkan kematian lebih 1,000 ekor ayam itik, lapor Xinhua.

Pada 1 September, wabak selesema burung berlaku di sebuah ladang di Hadenfeld, utara Jerman, yang menjejaskan 2,800 ekor ayam penelur.

Daripada jumlah itu, 100 ekor mati dan selebihnya dimusnahkan.

Pada 2 September, sebuah ladang di Samora Correia, berhampiran Lisbon, Portugal turut melaporkan wabak selesema burung yang menjejaskan lebih 250,000 ekor itik pedaging, dengan 1,011 ekor daripadanya mati dan selebihnya dimusnahkan.

Punca jangkitan dalam kedua-dua wabak itu masih belum dikenal pasti. – BERNAMA-XINHUA

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *