Ramadan Tak Halang Kemeriahan Sambutan Tahun Baharu Cina 2026 KEADILAN

Antara momen yang dirakam pada Majlis Makan Malam Tahun Baru Cina KEADILAN Selangor & Kuala Lumpur 2026 yang dihadiri Sim Tze Tzin dan Nurul Izzah Anwar pada 2 Februari 2026. Foto Wanita KEADILAN Cabang Cheras
PENDAPAT, 4 Mac – Walaupun Ramadan kini sedang dijalani umat Islam, namun ia tidak menghalang KEADILAN meraikan perayaan Tahun Baharu Cina 2026 baru-baru ini.
Ketua Wanita KEADILAN Cabang Cheras, Puan Yap Kuay Hua, telah menghadiri Majlis Makan Malam Tahun Baru Cina KEADILAN Selangor & Kuala Lumpur 2026 yang berlangsung dengan penuh kemeriahan pada 2 Februari 2026.

Majlis istimewa ini dihoskan oleh YB Sim Tze Tzin 沈志勤, Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) dihadiri YBrs Puan Nurul Izzah Anwar, Timbalan Presiden KEADILAN yang hadir sebagai tetamu kehormat.
Turut bersama memeriahkan majlis ialah barisan pimpinan KEADILAN kaum Cina serta wakil-wakil komuniti daripada Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) dan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) dari seluruh Selangor.

Kehadiran mereka mencerminkan semangat perpaduan yang kukuh dan kerjasama erat antara pelbagai lapisan masyarakat tanpa mengira kaum dan latar belakang.
Bertempat di Restoran Makanan Laut Hao Xiang Chi, majlis ini bukan sekadar satu jamuan makan malam, tetapi menjadi lambang pengukuhan silaturahim, kebersamaan dan iltizam dalam memperjuangkan agenda rakyat secara inklusif dan progresif.

Inilah wajah KEADILAN — menjunjung perpaduan, meraikan kepelbagaian, dan terus melangkah ke hadapan demi membina masa depan yang lebih adil dan sejahtera untuk semua.
Ikuti kami di saluran media sosial berikut:
Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web
