Rakyat Diseru Perkukuh Tekad Tolak Kebencian, Semai Empati – PM Anwar

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

KUALA LUMPUR, 24 Dis – Rakyat diseru memperkukuh tekad untuk menolak kebencian dan menyemai empati, kerana kekuatan negara terletak pada kesatuan dalam kepelbagaian.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, dalam dunia yang berdepan ketidaktentuan ekonomi, konflik kemanusiaan dan perpecahan sosial, Malaysia memilih jalan perpaduan, dialog dan saling menghormati sebagai asas membina masa depan negara.

“Kerajaan MADANI percaya keharmonian tidak lahir secara kebetulan, tetapi dibina melalui dasar yang adil, peluang yang saksama, serta budaya saling memahami dalam kalangan rakyat berbilang agama dan kaum,” katanya dalam perutusan sempena sambutan Krismas esok.

Tambahnya, perpaduan tulen dan sebenar terzahir apabila setiap rakyat dihormati, dilindungi dan diberi ruang untuk menyumbang kepada masa depan negara.

“Selamat Hari Natal kepada semua penganut Kristian yang menyambutnya esok, semoga sambutan ini membawa kedamaian, keharmonian dan kemakmuran kepada Malaysia serta seluruh rakyatnya, kata beliau lagi.


Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *