Pusat Data Sulung Google Dijangka Jana Lebih RM12 Bilion, Wujudkan 26,500 Peluang Kerja – PM Anwar

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan panggilan sidang video bersama Ruth Porat, Presiden dan Ketua Pegawai Pelaburan Alphabet & Google, serta pasukannya di Putrajaya pada 26 Februari 2026. Foto Instagram Anwar Ibrahim

PUTRAJAYA, 26 Feb – Pusat data pertama Google di Malaysia yang sedang dibangunkan di Taman Perniagaan Elmina (Elmina Business Park – EBP) di Selangor, dijangka membawa pulangan ekonomi AS$3.2 bilion (RM12.43 bilion) dengan 26,500 peluang pekerjaan diwujudkan menjelang 2030.

Perkembangan itu dikongsi Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang turut memberitahu, kemajuan projek pelaburan Google bernilai AS$2 bilion (RM7.06 bilion) itu berada pada tahap memberangsangkan, malah melangkaui jangkaan awal.

“Pagi ini saya mengadakan panggilan sidang video bersama Presiden dan Ketua Pegawai Pelaburan Alphabet & Google, Ruth Porat, serta pasukannya.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan panggilan sidang video bersama Ruth Porat, Presiden dan Ketua Pegawai Pelaburan Alphabet & Google, serta pasukannya di Putrajaya pada 26 Februari 2026. Foto Instagram Anwar Ibrahim

“Antara yang dibicarakan ialah perkembangan pelaburan AS$2 bilion oleh Google di Malaysia yang diumumkan pada Mei 2024.

“Alhamdulillah, saya dimaklumkan pelaburan ini bergerak dengan kemajuan yang memberangsangkan, malah melangkaui jangkaan awal,” katanya menerusi Facebook hari ini.

Turut hadir Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) Datuk Seri Johari Abdul Ghani dan Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil serta para pegawai kementerian.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan panggilan sidang video bersama Ruth Porat, Presiden dan Ketua Pegawai Pelaburan Alphabet & Google, serta pasukannya di Putrajaya pada 26 Februari 2026. Foto Instagram Anwar Ibrahim

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, pelaburan strategik terbabit adalah manifestasi keyakinan berterusan terhadap ekosistem ekonomi digital negara.

Jelasnya, ia selari aspirasi Malaysia untuk muncul sebagai hab serantau bagi aliran data yang selamat, pengkomputeran awan dan inovasi kecerdasan buatan (AI).

“Pelaburan ini merangkumi pembinaan dan pengoperasian pusat data serta perkhidmatan awan Google yang pertama di Malaysia.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan panggilan sidang video bersama Ruth Porat, Presiden dan Ketua Pegawai Pelaburan Alphabet & Google, serta pasukannya di Putrajaya pada 26 Februari 2026. Foto Instagram Anwar Ibrahim

“Apabila mula beroperasi kelak, ia dijangka menyokong penghasilan kesan ekonomi berjumlah AS$3.2 bilion dan mewujudkan 26,500 peluang pekerjaan menjelang 2030,” katanya.

Pada masa sama, Anwar berkata kerajaan mengalu-alukan Google untuk terus meneroka peluang pelaburan tambahan di Malaysia pada masa hadapan.

Malah, katanya kerajaan kekal konsisten dalam memudah cara serta menyediakan platform sokongan yang diperlukan bagi memastikan pelaburan yang diumumkan dapat dilaksanakan dengan pantas dan berkesan.

Untuk rekod, pada Oktober tahun lalu, Anwar menyempurnakan majlis pecah tanah pembinaan pusat data dan wilayah awan pertama Google di Malaysia.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim merasmikan acara Mantap Malaysia Bersama AI: A Google For Malaysia Event dihadiri Presiden dan Ketua Pegawai Pelaburan Alphabet dan Google, Ruth Porat yang menyaksikan majlis pecah tanah pusat data pertama Google di Elmina Business Park, Selangor pada Oktober 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Pusat data terbabit akan membantu memenuhi permintaan yang semakin meningkat terhadap keupayaan Google Cloud, inovasi AI, serta produk dan perkhidmatan digital lain yang digunakan oleh rakyat dan organisasi di Malaysia pada setiap hari.

Fasa pembinaan pusat data Google itu dijangka selesai dibangunkan pada suku ketiga tahun ini.

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *