Elak Kelompok Kecil Ganggu Keharmonian Negara – PM Anwar

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada Majlis Sambutan Tahun Baharu Cina Huazong 2026 di Dewan Tan Sri Yeo Tiong Lay, Wisma Huazong, Serdang pada 26 Februari 2026. Foto PMO

SERDANG, 26 Feb – Rakyat Malaysia secara keseluruhannya mahukan negara yang aman, ekonomi yang maju serta saling menghormati antara budaya dan agama, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perdana Menteri berkata, pihak yang sering menimbulkan kekecohan dan sentiasa melihat masalah dalam setiap isu hanyalah himpunan kecil, sedangkan majoriti rakyat mahu kestabilan dan kemajuan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada Majlis Sambutan Tahun Baharu Cina Huazong 2026 di Dewan Tan Sri Yeo Tiong Lay, Wisma Huazong, Serdang pada 26 Februari 2026. Foto PMO

“Yang kacau, yang timbulkan masalah, yang hari-hari marah ini himpunan kecil. Rakyat kebanyakannya mahu negara ini aman, ekonomi maju dan hormat semua budaya serta agama,” katanya ketika berucap pada Majlis Sambutan Tahun Baru Cina Huazong 2026 di Wisma Huazong, hari ini.

Turut hadir Menteri Pengangkutan, Anthony Loke serta Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada Majlis Sambutan Tahun Baharu Cina Huazong 2026 di Dewan Tan Sri Yeo Tiong Lay, Wisma Huazong, Serdang pada 26 Februari 2026. Foto PMO

Tambah beliau, asas kepada kestabilan dan kemajuan itu mestilah berpaksikan tadbir urus yang baik selain budaya saling menghormati dalam kalangan masyarakat majmuk.

“Sudah tentu kita mesti pastikan semua ini dilaksanakan dengan tatakelola yang baik, hormat itu asas yang penting,” jelasnya.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada Majlis Sambutan Tahun Baharu Cina Huazong 2026 di Dewan Tan Sri Yeo Tiong Lay, Wisma Huazong, Serdang pada 26 Februari 2026. Foto PMO

Selain itu katanya, Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan tidak pernah dipertikaikan, sebaliknya usaha memperkukuh penguasaan bahasa lain termasuk Bahasa Inggeris dan Bahasa Cina dilihat sebagai langkah menguntungkan negara.

“Tiada pihak yang rugi sekiranya budaya dan bahasa dimartabatkan secara seimbang dalam kerangka negara berdaulat dan demokratik,” ujarnya.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada Majlis Sambutan Tahun Baharu Cina Huazong 2026 di Dewan Tan Sri Yeo Tiong Lay, Wisma Huazong, Serdang pada 26 Februari 2026. Foto PMO

Beliau berkata, Islam merupakan agama rasmi di Malaysia, namun rakyat pelbagai kaum dan agama bebas mengamalkan kepercayaan masing-masing seperti yang dipersetujui dalam kerangka Perlembagaan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada Majlis Sambutan Tahun Baharu Cina Huazong 2026 di Dewan Tan Sri Yeo Tiong Lay, Wisma Huazong, Serdang pada 26 Februari 2026. Foto PMO

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *