Puad Setuju Dengan Mahathir, Bersatu Punca Perpecahan Melayu

Puad berkata kenyataan Mahathir itu tepat kerana hakikatnya penubuhan Bersatu sendiri menjadi punca utama kepada perpecahan politik Melayu sejak beberapa tahun lalu.

KUALA LUMPUR, 4 Nov – Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr. Puad Zarkashi bersetuju dengan pandangan Dr. Mahathir Mohamad bahawa perpecahan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) bukanlah perpecahan orang Melayu.

Menurut Puad, kenyataan itu tepat kerana pada hakikatnya penubuhan Bersatu sendiri menjadi punca utama kepada perpecahan politik Melayu sejak beberapa tahun lalu.

“Tun Mahathir adalah betul apabila dia kata perpecahan Bersatu bukan perpecahan Melayu.

Buku Malaysia Maverick: Mahathir Mohamad In Turbulent Times karya penulis antarabangsa Barry Wain mendedahkan sisi gelap bekas perdana menteri itu yang sehingga kini tidak diambil tindakan undang-undang.

“Bahkan penubuhan Bersatu itu penyumbang kepada perpecahan Melayu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Puad yang juga Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor mengulas kenyataan Mahathir di mana berkata kemelut dalaman yang melanda Bersatu tidak mencerminkan perpecahan dalam kalangan orang Melayu di negara ini.

Malah Mahathir turut berkata, pergolakan yang berlaku ketika ini hanya melibatkan bekas partinya semata-mata dan tidak memberi kesan terhadap perjuangan penyatuan bangsa Melayu.

Seramai 16 ahli parlimen Bersatu menghantar surat kepada Muhyiddin berhubung keputusan Lembaga Disiplin memecat Wan Saiful dan menggantung Wan Ahmad Fayhsal pada 27 Oktober lalu.

Bercakap mengenai itu, Puad menambah, sejak Bersatu memegang kuasa, parti itu tidak pernah berada dalam keadaan harmoni dan sering dihantui perebutan jawatan serta kepimpinan dalaman.

“Sejak berkuasa, Bersatu tidak pernah aman. Semuanya gila kuasa. Tun M sendiri disingkir daripada Bersatu.

“Bersatu bertanggungjawab tubuh PN yang membunuh Muafakat Nasional. Maka diharap perpecahan dalaman Bersatu itu berakhir dengan parti itu dibubarkan dan mereka menyertai semula UMNO,” katanya.

Alasan Abdul Hadi tidak menamakan calon PM daripada pembangkang lebih awal ditambah ketidak hadiran Muhyiddin bakal memburukkan lagi keadaan dalam Perikatan Nasional.

Beliau menegaskan, contoh terbaik boleh dilihat melalui pembubaran Parti Semangat 46 (Semangat 46) yang akhirnya kembali bersama UMNO demi penyatuan politik Melayu.

“Ambil contoh pembubaran Semangat 46. Mereka menyertai semula UMNO. Bersatu didokong oleh katak. Diharap PRN Sabah membuka jalan parti itu akan berakhir,” katanya.

Sebelum ini, Ahli Parlimen Indera Mahkota, Saifuddin Abdullah menggesa Presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin agar meletakkan jawatan selepas mendakwa beliau telah kehilangan kualiti kepimpinan yang pernah dimilikinya ketika menubuhkan parti itu.

Muhyiddin Yassin dicadangkan supaya berehat daripada menjadi presiden Bersatu manakala Azmin Ali pula digantikan daripada menjadi Setiausaha Agung.

Saifuddin berkata, Muhyiddin kini tidak lagi menunjukkan ciri kepimpinan berasaskan adab, ilmu dan kemahiran seperti dahulu.

Malah Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal turut mendakwa, Muhyiddin mempunyai personaliti yang sukar didekati, sekali gus menyebabkan ramai pemimpin akar umbi lebih selesa dengan Timbalan Presiden, Datuk Seri Hamzah Zainudin.

Seorang penganalisis turut menyifatkan proses kehancuran Bersatu sudah pasti tidak sama sekali menggugat kestabilan Kerajaan Perpaduan yang kini mentadbir negara yang terus stabil di bawah kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sejak 24 November 2022.

Apakah hubungan antara Muhyiddin dan Hamzah semakin renggang susulan isu ‘surat layang’ dan pelbagai spekulasi timbul dalam cubaan menjatuhkan Muhyiddin?

Sebaliknya, kemelut yang berlaku dalam parti pembangkang itu hanya akan melemahkan lagi keupayaan mereka untuk menyaingi kerajaan dari segi dasar, kepimpinan dan hala tuju politik nasional.

“Perpecahan dalam kalangan pemimpin Bersatu memperlihatkan kerapuhan struktur serta ketidaksepakatan terhadap strategi politik yang sepatutnya memperkukuh kedudukan parti itu sebagai sebahagian daripada blok pembangkang utama,” katanya.

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *