PRU Sabah: ‘No UPKO, No Problem’

Saifuddin Nasution sifatkan keputusan yang diambil oleh UPKO itu sebagai lumrah dalam dunia politik dan sebahagian daripada dinamika hubungan antara parti pada 12 November 2025.

LANGKAWI, 12 Nov – Tindakan Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) yang keluar daripada gabungan Pakatan Harapan (PH) langsung tidak menjejaskan kempen Pilihan Raya Umum (PRU) Sabah ke-17.

Ketua Setiausaha PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menyifatkan keputusan yang diambil oleh UPKO itu sebagai lumrah dalam dunia politik dan sebahagian daripada dinamika hubungan antara parti.

“Itu lumrah dalam politik, dinamik dalam politik. Ada orang pilih bersama kita, ada orang pilih tidak bersama kita. Itu dalam politik dan dinamik,” katanya.

Saifuddin Nasution mengulas pertanyaan media ketika meninjau perkembangan semasa operasi Mencari dan Menyelamat (SAR) insiden bot karam di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di sini, hari ini.

Malah Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) Sabah menghormati keputusan dibuat UPKO dalam satu kenyataan dikeluarkan kelmarin.

Isnin lalu, Setiausaha Agung UPKO, Datuk Nelson W Angang, mengumumkan keputusan parti itu keluar daripada PH berkuat kuasa serta-merta setelah Presidennya Ewon Benedick bertindak meletak jawatan sebagai menteri kabinet.

Keputusan itu dibuat hasil Mesyuarat Khas Majlis Tertinggi UPKO dan dimaklumkan secara rasmi kepada Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim, serta parti-parti komponennya.

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *