PRU Sabah: Calon PH DUN Melalap Fokus Pertanian, Tambah Perumahan

Calon Pakatan Harapan (PH) DUN Melalap, Jamawi Jaafar berhasrat memfokuskan agenda pemerkasaan pertanian dan menambah perumahan mampu milik bagi kesejahteraan rakyat. Foto Jamawi Jaafar

TENOM, 21 Nov – Calon Pakatan Harapan (PH) bagi Kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Melalap, Datuk Jamawi Ja’afar, memfokuskan agenda memperkasa pertanian dan menambah rumah mampu milik buat rakyat andai diberikan mandat pada Pilihan Raya Umum (PRU) Dewan Undangan Sabah ke-17.

Hasrat Jamawi, 51, yang mahu menambah projek perumahan kos rendah di bawah Lembaga Pembangunan Perumahan dan Bandar (LPPB) bagi memenuhi keperluan perumahan penduduk setempat, memandangkan projek sedia ada tidak mencukupi untuk menampung permintaan tinggi.

Calon Pakatan Harapan (PH) DUN Melalap, Jamawi Jaafar berhasrat memfokuskan agenda pemerkasaan pertanian dan menambah perumahan mampu milik bagi kesejahteraan rakyat. Foto Jamawi Jaafar

Perkara itu katanya, merupakan isu paling mendesak kerana kebanyakan isi rumah terutamanya di kawasan perkampungan didiami hingga empat generasi, yang berpotensi menjejaskan hubungan kekeluargaan sehingga berlaku permasalahan sosial.

“Saya bersyukur kalau dapat membawa satu projek perumahan LPPB yang sedang dalam pelaksanaan, kini 70 peratus siap tetapi ia tidak mencukupi kerana ada 50 buah (rumah) tetapi permohonan setakat ini yang kita terima 412 orang.

Calon Pakatan Harapan (PH) DUN Melalap, Jamawi Jaafar berhasrat memfokuskan agenda pemerkasaan pertanian dan menambah perumahan mampu milik bagi kesejahteraan rakyat. Foto Jamawi Jaafar

“Sekiranya kita (PH) diberi amanah sebagai wakil rakyat, ia memudahkan mendapatkan lagi tambahan peruntukan bagi membina perumahan di kawasan Melalap ini untuk keperluan anak-anak muda,” katanya kepada Bernama baru-baru ini.

Selain itu, Jamawi juga ingin menyelesaikan isu pembinaan lot bangunan komersial yang masih tertangguh susulan berdepan masalah kos meskipun tapak telah disediakan beberapa tahun lepas.

Calon Pakatan Harapan (PH) DUN Melalap, Jamawi Jaafar berhasrat memfokuskan agenda pemerkasaan pertanian dan menambah perumahan mampu milik bagi kesejahteraan rakyat. Foto Jamawi Jaafar

“Kita boleh bekerjasama dengan syarikat dari Semenanjung untuk membangunkan rumah kedai (lot bangunan komersial) dan juga perumahan rakyat,” katanya menambah bahawa pekan di Melalap hanya mempunyai satu lot bangunan komersial dengan keadaan struktur yang uzur.

Mengenai sektor pertanian, Jamawi yang memiliki Ijazah Sarjana Muda dalam bidang berkenaan bercadang memohon kepada Kerajaan Negeri Sabah untuk mewartakan kawasan hutan bersesuaian sebagai taman kekal pengeluaran makanan di bawah Jabatan Pertanian Negeri seperti di Tawau.

Calon Pakatan Harapan (PH) DUN Melalap, Jamawi Jaafar berhasrat memfokuskan agenda pemerkasaan pertanian dan menambah perumahan mampu milik bagi kesejahteraan rakyat. Foto Jamawi Jaafar

Graduan Universiti Pertanian Malaysia (UPM) itu berkata pendekatan tersebut dapat memberi peluang kepada golongan belia yang berminat untuk menceburi bidang berkenaan, selain meningkatkan punca pendapatan mereka.

Beliau berkata latar belakangnya sebagai bekas pegawai pertanian turut memberi nilai tambah kepada usaha membangunkan sektor pertanian di DUN tersebut.

DUN Melalap terletak dalam kawasan Parlimen Tenom, kira-kira 130 kilometer dari Kota Kinabalu dan pada PRU Sabah ke-17, Jamawi akan berdepan saingan lapan penjuru membabitkan 21,320 pemilih berdaftar.

Hari pengundian bagi PRU Sabah ke-17 yang membabitkan 73 kerusi DUN dipertandingkan ditetapkan pada 29 November manakala undi awal 25 November ini.

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *