PRU Sabah: 36 Calon PN Hilang Deposit, Pedih Dan Memalukan

Kekalahan teruk PN itu memperlihatkan manifesto yang mereka tampilkan langsung tidak membawa sebarang makna kepada rakyat Sabah.

PENDAPAT, 30 Nov – Perikatan Nasional (PN) sebenarnya tidak perlu melakukan post mortem untuk mengkaji sebab-sebab kekalahan memalukan pada Pilihan Raya Umum (PRU) Dewan Undangan Sabah ke-17 kerana punca kekalahan mereka sudah jelas dan terang.

Dengan 42 kerusi bertanding dan cuma mampu memenangi satu kerusi DUN Karambunai, itu pun sebab faktor calon, yang lebih memedihkan ialah kehilangan deposit 36 daripada mereka membawa kepada 85.7 peratus, satu angka yang cukup besar untuk ditelan apabila pemimpin PN pulang ke Semenanjung.

Walaupun pengerusinya Muhyiddin Yassin menghormati keputusan dan menerima mandat rakyat dengan penuh tanggungjawab, tetapi kekalahan teruk itu memperlihatkan manifesto yang mereka tampilkan langsung tidak membawa sebarang makna kepada rakyat Sabah.

Segala janji-janji yang ditabur daripada 159 perkara tidak mencerminkan aspirasi rakyat Sabah malah penolakan besar-besaran kali ini termasuk kekalahan pengerusinya Ronald Kiandee di kawasan parlimennya sendiri amat menyakitkan.

Hantaran di Facebook Ronald Kiandee yang menempelak Exco Pas Kedah yang menghina rakyat Sabah pada 14 November 2025.

Justeru, tiada formula yang lebih baik kecuali menukar pemimpin yang gagal membawa naratif tempatan termasuk isu ‘roti Gardenia’ yang menjadi kemarahan Kiandee hingga mengatakan Exco Kedah sebagai ‘palui’ atau bodoh.

Jadi Muhyiddin tidak perlu gundah gulana memikirkan apa kerangka ‘post mortem’ kekalahan sebaliknya memikirkan apakah nasib dirinya dan menantunya yang masih tidak balik-balik hingga menjadi ‘misteri nusantara’.

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *