PRU-15 – ‘Kami Tak Mahu Kerjasama Dengan GTA’

PETALING JAYA, 27 Okt – Perikatan Nasional (PN) membuat keputusan tidak ada kerjasama dengan Gerakan Tanah Air (GTA) pimpinan Mahathir Mohamad pada Pilihanraya Umum Ke-15 (PRU15).

Pengerusi PN, Muhyiddin Yassin, berkata pihaknya mengambil keputusan untuk bergerak ke depan dengan parti komponen sedia ada.

“Tidak ada perbincangan untuk bekerjasama dengan GTA. Bukan PN tidak mahu ada kerjasama tetapi kita memutuskan untuk bergerak ke hadapan dengan apa yang sudah dirancang sejak awal,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Presiden PN di ibu pejabat BERSATU di sini hari ini.


Beliau juga menafikan dakwaan PN ada perbincangan dengan GTA tetapi belum dimuktamadkan kerana ada isu belum selesai.

Pengerusi Penaja GTA, Mahathir hari ini berkata pihaknya masih meneruskan perbincangan kerjasama dengan GTA dan menyelesaikan beberapa isu dan memberikan masa kepada PN selama dua hari untuk putuskan.

Muhyiddin berkata beliau tidak tahu mengenai perbincangan itu kerana tidak dibawa ke Majlis Presiden PN.

“Tidak ada perbincangan dan tidak ada mesyuarat rasmi. Mungkin ada bincang di peringkat bawahan tetapi tidak sampai kepada majlis (presiden), saya tidak tahu,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *