Program Jiwa Komuniti MADANI Eratkan Hubungan Rakyat, Agensi Kerajaan – Jame Stephen

Jame Stephen (berbaju kuning) melawat SK Pandan Sebauh bagi meneliti kerosakan yang berlaku akibat ribut yang melanda akhir April lalu. Foto Facebook Jame Stephen
BINTULU, 3 Ogos – Program Jiwa Komuniti MADANI anjuran Jabatan Penerangan (JaPen) penting bagi mewujud serta memperkukuh hubungan yang lebih erat antara penduduk setempat dan agensi kerajaan.
Ini ditegaskan aktivis KEADILAN Sarawak Jame Stephen yang melihat penganjurannya mampu mendekatkan lagi masyarakat dengan aktiviti berkonsepkan MADANI sesuai dengan hasrat Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Sambil mengucapkan terima kasih kepada jabatan itu kerana membawa program tersebut, beliau menambah program masyarakat ini akan menjadi sumbangan signifikan Kerajaan MADANI membantu rakyat dari segi pemahaman konsep Malaysia MADANI itu sendiri.
“Saya difahamkan sebelum ini Jabatan Penerangan sentiasa memainkan peranan penting dalam menyampaikan maklumat kepada rakyat berhubung dasar kerajaan untuk memberi manfaat kepada rakyat,” katanya diminta mengulas penganjuran program itu di beberapa kawasan di negeri ini pada Sabtu.
Beliau menambah program tersebut kendalian JaPen di bawah Kementerian Komunikasi menjadi platform terbaik rakyat mendapatkan maklumat semasa termasuk Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Sumbangan Asas Rakyat (SARa) dan banyak lagi inisiatif yang dilaksanakan kerajaan.

“Ini adalah salah satu kerangka Malaysia MADANI yang boleh ditambah baik termasuk menggalakkan rakyat menanam pokok di kawasan masing-masing bagi menurunkan suhu persekitaran selaras dengan perubahan iklim global,” tambahnya.
Terdahulu beliau menyampaikan bantuan kepada beberapa penduduk sekitar daerah Sebauh dalam misi bantuan kebajikan serta menggesa rakyat menggalakkan aktiviti riadah dan bersukan terutama anak muda dan warga emas.
Ikuti kami di saluran media sosial berikut:
Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

