Program Digital Negara Perlu Lebih Drastik, Agresif – PM Anwar

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berucap pada Majlis Perjumpaan Perdana Menteri bersama Warga Jabatan Perdana Menteri bagi bulan Januari 2024 di Puspanitapuri Putrajaya. Foto Bernama
PUTRAJAYA, 8 Jan – Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu program digital dilaksanakan dengan lebih drastik dan agresif bagi mengelakkan Malaysia ketinggalan berbanding negara lain.
Perdana Menteri berkata, sebab itu beliau menubuhkan Kementerian Digital supaya negara dapat memberi fokus dalam bidang berkenaan.
“Program digital harus dilakukan drastik, agresif daripada yang dahulu, kalau tidak kita akan ketinggalan, begitu juga program lain di kementerian lain umpamanya digital.
“Saya tidak fikir Malaysia boleh bersaing dengan pantas, dengan tahap kelajuan yang dicapai oleh negara lain tanpa fokus dalam bidang digital,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perjumpaan Perdana Menteri bersama Warga Jabatan Perdana Menteri di PUSPANITAPURI di sini, hari ini.
Yang turut hadir Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof, Menteri di JPM (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said dan Menteri di JPM (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa.
Ikuti kami di saluran media sosial berikut:
Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web
