Laporan Kemajuan Projek Perlu Dikemukakan Setiap Bulan – PM Anwar

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengaminkan bacaan doa pada Majlis Perjumpaan Perdana Menteri bersama Warga Jabatan Perdana Menteri bagi bulan Januari 2024 di Puspanitapuri Putrajaya. Foto Facebook

PUTRAJAYA, 8 JanDatuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan semua kementerian, jabatan dan agensi mengemukakan laporan bulanan berkaitan perkembangan serta sumbangan penjawat awam dalam melaksanakan projek kerajaan.

Perdana Menteri berkata, laporan terbabit perlu melalui Ketua Pengarah dan Ketua Setiausaha (KSU) kementerian kepada Ketua Setiausaha Negara (KSN) untuk dimaklumkan kepada beliau.

“Selalunya, apabila ketua jabatan, KSU jumpa dalam perbincangan (dengan) saya, dalam mesyuarat jawatankuasa Kabinet, semua mencadangkan minta peruntukan, tambah projek… ya ia memang dibolehkan.

“Tetapi ada kaedah baharu nak kita perkenalkan, mesti ada laporan bulanan, apa yang dilakukan, apakah sumbangan saudara dalam usaha melaksanakan projek itu,” katanya.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengaminkan bacaan doa pada Majlis Perjumpaan Perdana Menteri bersama Warga Jabatan Perdana Menteri bagi bulan Januari 2024 di Puspanitapuri Putrajaya. Foto Facebook

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perjumpaan Perdana Menteri bersama Warga Jabatan Perdana Menteri di PUSPANITAPURI di sini, hari ini.

Yang turut hadir Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof, Menteri di JPM (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said dan Menteri di JPM (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa.

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *