PRN 2023: Mesyuarat Majlis Pimpinan Perpaduan Jerai Tumpu Gerak Kerja Bersama

Firdaus (duduk, baju putih) dan Johari (duduk, empat dari kiri) pada Mesyuarat Pimpinan Perpaduan Jerai di Guar Cempedak pada Ahad. Foto Nazierah.

GUAR CHEMPEDAK, 25 Jun – Satu mesyuarat Majlis Pimpinan Perpaduan parlimen Jerai diadakan bertempat di pejabat Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Kedah di Guar Chempedak pada Ahad.

Mesyuarat tersebut telah dipengerusikan secara bersama oleh Firdaus Johari selaku Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Jerai dan Dato’ Seri Jamil Khir Baharom, Ketua Bahagian UMNO Jerai.

Yang turut hadir, Ketua Cabang KEADILAN Jerai S Poobalan bersama jawatankuasa dan ahli jawatankuasa UMNO Bahagian Jerai.

Perbincangan tertumpu mengenai kerjasama dan gerak kerja Majlis Pimpinan Perpaduan Jerai dalam mendepani Pilihan Raya Negeri (PRN) yang bakal berlaku dalam masa terdekat.

Firdaus (duduk, baju putih) dan Johari (duduk, empat dari kiri) pada Mesyuarat Pimpinan Perpaduan Jerai di Guar Cempedak pada Ahad. Foto Nazierah.

Ia juga bagi melontarkan pandangan parti masing-masing dalam usaha memenangi kerusi-kerusi DUN dalam parlimen ini iaitu Sungai Limau, Guar Chempedak dan Gurun.

Diharap dengan pertemuan ini bakal melakar kerjasama lebih erat antar kedua-dua parti bagi menyumbang kerusi dan membentuk kerajaan negeri selepas PRN tidak lama lagi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *