PRN 2023: 500 Ekor Ayam ‘Licin’ Pada Program MADANI Jualan Ayam Rahmah Pokok Sena

Penduduk sekitar DUN Bukit Pinang sanggup beratur awal jam 7 pagi bagi mendapatkan bekalan ayam sempena Program MADANI Jualan Ayam Rahmah anjuran KEADILAN Cabang Pokok Sena yang diadakan pada Selasa. Foto Shaimi.

POKOK SENA, 27 Jun – Licin semuanya cuma dalam masa sejam!

Begitulah hebatnya sambutan terhadap Program MADANI Jualan Ayam Rahmah yang telah diadakan bertempat di Bukit Pinang, di sini pada Selasa anjuran Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) Cabang Pokok Sena.

Kesemua 500 ekor ayam proses yang diperuntukkan bagi menjayakan program tersebut habis ‘diborong’ rakyat setempat yang sanggup beratur seawal jam 7 pagi walaupun kaunter jualan hanya dibuka sejam kemudian.

Penduduk sekitar DUN Bukit Pinang sanggup beratur awal jam 7 pagi bagi mendapatkan bekalan ayam sempena Program MADANI Jualan Ayam Rahmah anjuran KEADILAN Cabang Pokok Sena yang diadakan pada Selasa. Foto Shaimi.

Program tersebut diadakan berhampiran Masjid Bukit Pinang terbukti mendapat sambutan amat menggalakkan dari penduduk setempat yang mengetahuinya lebih awal.

Menurut Ketua Cabang KEADILAN Pokok Sena, Mohd Altab atau dikenali dengan nama ‘Pak Habib’ menjelaskan program jualan murah seperti ini akan terus diadakan dari semasa ke semasa kerana ia sedikit sebanyak dapat membantu rakyat yang memerlukan.

“Ini adalah kali kedua program selepas jualan Rahmah barangan keperluan harian diadakan baru-bari ini juga di Langgar juga dalam DUN Bukit Pinang.

Penduduk sekitar DUN Bukit Pinang memilih antara 500 ekor ayam yang dijual pada harga di bawah pasaran sempena Program MADANI Jualan Ayam Rahmah pada Selasa. Foto Shaimi.

“Sejumlah 500 ekor ayam siap proses telah disediakan untuk jualan kepada penduduk BuKit Pinang dan kawasan-kawasan sekitar yang telah mula berkumpul seawal jam 7.00 pagi lagi,” katanya.

Memandangkan sambutan hangat yang diberikan, pihaknya bercadang memperluaskan Jualan Ayam Rahmah ke kawasan-kawasan yang dikenal pasti mempunyai golongan B40 tinggi selain merapatkan hubungan antara parti dan penduduk setempat menerusi jualan tersebut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *