PRK Sungai Bakap: KEADILAN Akan Bermesyuarat Petang Ini

Menteri Pendidikan merangkap Ahli Parlimen Nibong Tebal dan Ketua Wanita KEADILAN Fadhlina Sidek ketika melawat Bilik Gerakan Utama DUN Sungai Bakap pada 2023. Foto Facebook Fadhlina Sidek

KUALA LUMPUR, 6 Jun – Kepimpinan tertinggi Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) akan mengadakan pertemuan bersama Presiden KEADILAN pada petang ini bagi menentukan hala tuju dan calon untuk kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap, Pulau Pinang.

Naib Presidennya, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, pertemuan yang tidak dinyatakan lokasi itu akan memberi fokus kepada hala tuju KEADILAN untuk pilihan raya kecil (PRK) kawasan berkenaan yang akan diadakan pada 6 Julai depan.

“Presiden Datuk Seri Anwar Ibrahim memanggil saya bersama Pengarah Pilihan Raya dan Pengerusi KEADILAN Pulau Pinang serta Naib Presiden yang lain.

“Setelah perbincangan itu kita akan umumkan,” katanya selepas perasmian Majlis Kongres Jurukur Antarabangsa Ke-26 di sini pada Khamis.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada Khamis menetapkan hari pengundian PRK DUN Sungai Bakap pada 6 Julai ini.

Menteri Pendidikan merangkap Ahli Parlimen Nibong Tebal dan Ketua Wanita KEADILAN Fadhlina Sidek ketika melawat Bilik Gerakan Utama DUN Sungai Bakap pada 2023. Foto Facebook Fadhlina Sidek

Sementara penamaan calon ditetapkan pada 22 Jun dan hari mengundi awal pada 2 Julai.

Kerusi DUN itu kosong susulan kematian penyandangnya Nor Zamri Latiff, 56, pada 24 Mei lepas semasa menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Seberang Jaya (HSJ) kerana mengalami keradangan dalam perut. – Bernama

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *