PRK Perlis: Speakar DUN Buat Pusingan-U

Kemelut politik di Perlis dicetuskan daripada perbalahan dalaman menjadikan bukti Perikatan Nasional (PN) tidak layak mentadbir negeri jauh sekali mentadbir negara.

KANGAR, 31 Dis – Speaker DUN Perlis melakukan pusingan-U apabila bertindak menarik balik notis pemakluman keperluan Pilihan Raya Kecil (PRK) bagi tiga kerusi, menurut laporan.

Perkembangan itu dilaporkan media tempatan hari ini.

Rus’sele Eizan menyerahkan notis pengosongan kerusi DUN Bintong, DUN Guar Sanji dan DUN Chuping kepada SPR pada Isnin, bagi memohon PRK diadakan bagi memilih semula wakil rakyat di tiga kawasan berkenaan.

Dari kiri, ADUN Chuping, Saad Seman; ADUN Bintong, Fakhrul Anwar Ismail dan ADUN Guar Sanji, Mohd Ridzuan Hashim dipecat daripada Pas bermula 24 Disember 2025.

Perkembangan itu menyusuli pengumuman Pas pada Rabu lepas, bahawa keahlian Saad Seman (Chuping), Anwar Ismail (Bintong), dan Ridzuan Hashim (Guar Sanji) terhenti, berdasarkan Fasal 76 dan Fasal 15A(1)(b) perlembagaan parti.

Fasal 15A(1)(b) menyatakan keahlian seorang ahli dipilih sebagai seorang Adun terhenti serta-merta apabila ahli tersebut menyertai atau menyatakan sokongan kepada mana-mana pihak yang bertentangan dengan arahan atau pendirian parti.

Keputusan ini memberi satu persepsi bahawa Pas tidak memikirkan sedalam-dalamnya implikasi daripada tindakan tidak konsisten mereka selain pendirian berubah-ubah mengikut kepentingan mereka sendiri dan bukannya rakyat.

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *