PRK Mahkota: Notis Kekosongan Kerusi Diserah Kepada SPR

Notis kekosongan kerusi DUN Mahkota yang diserahkan kepada SPR pada Ahad. Foto Facebook Dr Puad Zakarshi

JOHOR BAHRU, 4 Ogos – Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor, Datuk Dr. Mohd Puad Zarkashi menyerahkan notis kekosongan kerusi DUN Mahkota kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), hari ini susulan kematian penyandangnya, Datuk Sharifah Azizah Syed Zain, Jumaat lalu.

Mohd. Puad menerusi satu kenyataan berkata, penyerahan notis berkenaan adalah untuk tindakan lanjut SPR.

Sharifah Azizah, 63, menghembuskan nafas terakhir di Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom (HEBHK), Kluang, pukul 12.32 tengah hari kelmarin.

Anak kelahiran Kluang itu merupakan Ketua Wanita UMNO Kluang sejak 1993 dan memenangi kerusi DUN Mahkota pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor pada 2022.


Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *